Ayda Jebat kongsi saat-saat majlis bertunang online “Lawa giler vide0”

Pasangan selebriti bahagia, Ayda Jebat dan Nabil Mahir kini semakin menghampiri fasa perkahwinan setelah mengikat tali pertunangan pada bulan 28 April lalu.

Apa yang menariknya, meskipun musim kuarantin pasangan ini mengambil keputusan untuk melangkah ke satu fasa berkenaan menggunakan kaedah secara online bagi tetap melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Ayda Jebat dilamar pada hari jadinya, 17 Mac lalu manakala tarikh bahagia pertunangan mereka pula diadakan pada hari ulang tahun kelahiran Nabil Mahir.

Walau bagaimanapun, tidak disangka-sangka walaupun menggunakan kaedah secara online namun ternyata video majlis pertunangan online pasangan ini yang dikongsikan mereka kelmarin membuatkan ramai memberikan pelbagai pujian.

Sedutan video pendek majlis pertunangan online mereka itu, Ayda Jebat turut berkongsikan dilaman Instagram peribadinya dengan menulis kapsyen bersemut buat tunangnya.

“Tak sado, tak tinggi, tapi dia pilihan hati. Ah gitchewww! Wuvv.”

Menerusi perkongsian berkenaan, peminat dan rakan-rakan selebriti tidak henti-henti mengucapkan tahniah buatnya dan dalam pada masa yang sama turut mendoakan selebriti ini dan jejaka pilihannya itu agar urusan mereka juga dipermudahkan sehingga ke hari perkahwinan mereka pula.

Seperti yang diberitahu, Ayda Jebat memuat naik video penuh menerusi laman YouTube milik mereka yang diberi nama Wuvv Show dimana mereka juga telah berkongsikan moment bahagia mereka bersama di channel YouTube berkenaan.

VIDEO:

Menjenguk ke ruangan komen pula, rata-rata memberikan reaksi positif buat perkongsian video majlis pertunangan online Ayda Jebat dan Nabil Mahir itu dimana meskipun secara online, majlis mereka tetap menarik.

Sebelum ini, Ayda Jebat juga ada berkongsikan video penuhnya ketika dilamar jejaka pilihannya itu dan dia turut ada berkongsikan saat-saat bertunang kepada orang ramai.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber: IG /HCL

Be the first to comment on "Ayda Jebat kongsi saat-saat majlis bertunang online “Lawa giler vide0”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*