Anwar cakap hampir mustahil PN kekal sehingga PRU15

Usaha untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, bagaimanapun ketua pembangkang Anwar Ibrahim berkata kerajaan Perikatan Nasional (PN) “hampir mustahil” akan kekal sehingga PRU akan datang.

Ditanya berkenaan jangkaannya jika kerajaan itu kekal sehingga tamat penggal ini, iaitu selama tiga tahun lagi, Anwar dalam wawancara bersama Bloomberg Television berkata: “Hampir mustahil. Tetapi bagi pembangkang, saya fikir apa yang penting adalah komitmen kita terhadap agenda reformasi.”

Anwar turut mend4kwa kerajaan PN “takut” terhadap kemungkinan usul undi tidak percaya yang dicadangkan oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad akan berjaya, seperti yang dilihat dalam langkah mengehadkan sidang Dewan Rakyat semalam kepada titah diraja Yang di-Pertuan Agong.

“Jika kerajaan sekarang ada keyakinan (sokongan majoriti), mereka akan mengadakan sidang Parlimen seperti lazimnya. Mereka tidak berbuat demikian.

“Mereka takut undi tidak percaya akan berjaya,” atanya.

Aturan tempat duduk sidang semalam menunjukkan Muhyiddin mempunyai sokongan 114 anggota Parlimen, walaupun Anggota Parlimen Sri Aman Masir Kujat kemudian menjelaskan beliau masih sebahagian daripada pembangkang.

Ditanya sama ada beliau akan dinamakan sebagai perdana menteri atau tidak jika usul itu berjaya, Anwar hanya berkata beliau kini dalam usaha mengukuhkan pihak pembangkang dan komited terhadap agenda reformasi.

“Ini bukan 1su personaliti. Orang cenderung untuk bercakap tentang personaliti.

“Kami di sini, kami terima mandat untuk melaksanakan pembaharuan struktur di negara ini,” katanya lagi.

Beliau yang juga pengerusi PH berkata, rakyat Malaysia akan terus menggesa ke arah pembaharuan struktur dan bukan hanya perubahan kosmetik berkaitan individu yang dilantik ke tampuk kuasa.

“Rakyat bukan hanya mahu kita ambil alih. Ambil alih untuk apa? Hanya untuk tukar menteri?

“Pengambilalihan (adalah) melaksanakan pembaharuan yang berkesan. Bagi memastikan cukuplah dengan r4suah, pembaziran, kronisme dan kompromi terhadap kedaulatan undang-undang,” katanya, selain menekankan kepentingan sistem untuk menjaga kebajikan majoriti

Berikut reaksi netizan

” Bagus DSAI nak jadi PM. Tapi itulah Dato tidak sabar sampai diulang-ulang banyak kali. Bulan 3 sudah bersuara kalau selepas APEC 2020 tak beri lagi bolehlah bersuara. org dah boleh hafal skrip Dato Seri. Satu je nak pesan, janganlah bersahabat dgn Tun Dr. Mahathir Mohamed sbb Dato’ Seri sudah tidak ada dalam kamus hidup beliau.”

” Hampir mustahil anuar jadi PM malaysia….. Saja nak bagi malaysia ni kelam kabut dengan masalah C0v1d lagi…… Memang berjuang bukan utk rakyat tapi kepentingan peribadi…… Gila dan mengidam jawatan PM walaupun tak cukup majoriti…….bawa bawalah bertaub4t”

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : M.B

Be the first to comment on "Anwar cakap hampir mustahil PN kekal sehingga PRU15"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*