‘Dato Siti Siap Boleh Bina Masjid, Tak Berkat Lagi Ke Tu?’

Kenyataan pelakon Zul Yahya sebelum ini menyifatkan kerja penggiat seni terutamanya sebagai krew belakang tabir seolah tidak mendapat keberkatan dan menyeru meninggalkan bidang tersebut. Malah, kenyataannya itu telah mendapat respon penerbit terkenal iaitu Rosyam Nor.

Terbaru, pengarah drama Nur iaitu Shahrulezad menerusi laman Instagram miliknya turut memberi respon berhubung 1su berkenaan. Pengarah drama itu menyifatkan persoalan mengenai keberkatan rezeki dalam sesuatu bidang tidak sepatutnya diperbahaskan.

Segalanya terpulang pada Allah

Shahrulezad menyifatkan pertelingkahan mengenai perkara ini adalah sesuatu yang memalukan. Keberkatan mencari sumber rezeki adalah bukan bidang kuasa manusia.

Hanya kerana soal mencari keberkatan dalam mencari rezeki kita sesama Islam akhirnya boleh bertelingkah sesama sendiri ye. Shame on us! Abam doakan kita semua mendapat rezeki yang diberkati tak kiralah apa jenis pekerjaan kita buat sama ada dia artis, penulis skrip dan pengarah macam abam ataupun seorang ustaz atau siapa saja.

Dan sekiranya rezeki yang diperolehi itu tidak berkat atau Allah tidak redha. Abam mohon Allah permudahkanlah untuk kita dalam urusan mencari rezeki yang Allah redha. Kalau kita ikhlas dengan niat kita, insyaallah Allah akan permudahkan urusan kita.

Jangan jadi lebih sudu dari kuah

Dia turut memberi contoh dari kisah tauladan pelakon Norman Hakim dan penyanyi Dato Sri Siti Nurhaliza yang bekerja dalam bidang seni.

Norman Hakim tu elok saja siap boleh hantar anak teruna dia belajar agama ke luar negara hasil duit berlakon. Dato Siti siap boleh buat masjid kat kampung Dato K hasil dari nyanyian dia. Tak berkat lagi ke itu?

Kadang-kadang yang menjadi rezeki kita tak berkat bukan sebab bidang yang kita ceburi itu tapi apa yang dah kita buat dengan rezeki kita semasa kita dalam bidang yang kita cemuh itu. Jadi, jangan mudah salahkan punca rezeki tiu tapi salahkan diri kita dulu. Allah tentu ada perancangannya sendiri yang kadang-kadang kita tak faham hikmah disebaliknya. Jangan jadi lebih sudu dari kuah.

Jangan cepat menghukum

Kan elok kita bersatu

Perkongsian kisah dari Shahrulezad ini turut mendapat respon dari ramai rakan artis. Mereka bersetuju akan pendapat pengarah drama Nur ini yang memperkatakan soal rezeki dari Allah.

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber: Shahrulezad/OhBulan

Be the first to comment on "‘Dato Siti Siap Boleh Bina Masjid, Tak Berkat Lagi Ke Tu?’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*