Tengku Jihan pun bagi ucapan, Nama Cik B trending di Twitter selepas ramai tak ingat hari lahirnya

BUKAN biasa-biasa!

Sempena ulang tahun kelahirannya pada Selasa, nama anak usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B menjadi trending di laman Twitter.

Walau baru memasuki usia 15 tahun, pemilik nama sebenar Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin itu dihujani dengan ucapan tahniah dan kata-kata sokongan menerusi media sosial.

Turut mencuri tumpuan apabila anakanda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah iaitu Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah turut menyampaikan ucapan selamat hari lahir buat Cik B menerusi satu hantaran tweet pada awal pagi Selasa.

Di Instagram pula, Cik B yang dilahirkan pada tahun 2005 turut berkongsi satu video dirinya bertanya kepada beberapa individu terdekat termasuk ibu dan adiknya mengenai tarikh hari jadinya iaitu 19 Mei.

Cik B bersama ibunya, Datuk Seri Vida.

Namun kesemua mereka menjawab ia merupakan hari Selasa dan kelihatan tiada sesiapa yang mengingati hari ulang tahun kelahirannya itu.

“Nampaknya tiada siapa ingat. Tapi tak apa Cik B pun tak ingat birthday diaorang,” tulisnya pada penghujung video itu diakhiri video dia sedang disirami air dalam bilik mandi.

Video berdurasi 1.13 minit itu sehingga kini menerima lebih 150,000 tontonan.

Selain ucapan, ada juga individu yang meminta Cik B agar jangan bersedih.

Tweet ucapan Tengku Jihan buat Cik B.

Malah, ada yang cuba menyedapkan hatinya dengan berkata ibu, adik serta insan-insan tersebut sengaja buat-buat lupa tarikh itu kerana mahu memberi kejutan untuknya.

Apa-apapun, selamat hari lahir kami di mStar ucapkan buat Cik B. Semoga menjadi insan yang berjaya ya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hahaha

A post shared by ᴄɪᴋʙ ʜᴀᴠᴏᴄ® 𓄁𓃠𓆉𓅿𓃰𓆏 (@cikb_havoc66) on

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Tengku Jihan pun bagi ucapan, Nama Cik B trending di Twitter selepas ramai tak ingat hari lahirnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*