‘Runner’ atau penghantar barangan semakin mendapat permintaan terutamanya di kawasan bandar berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akib4t w4bak C0v1d-19 yang sedang melanda negara ketika ini.
Mereka bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga pelanggan, tetapi menyenangkan tugas individu untuk mendapatkan makanan, membeli barang keperluan dapur mahupun urusan lain.
Tetapi di sebalik tugas runner yang memudahkan urusan orang ramai, mereka berdepan dengan pelbagai cabaran termasuklah dengan sikap tidak bertanggungjawab pelanggan yang menipu.
Menerui perkongsian yang tular di media sosial, seorang runner menceritakan pengalamannya yang dit1pu oleh seorang pelanggan wanita.
Wanita tersebut telah meminta runner berkenaan untuk membeli barangan dapur, kemudiannya dilihat telah menyekat nombor pemuda itu di aplikasi Whatsapp setelah menerima barangan yang dibeli.
Beli barang basah basah dan kering
Cari kedai lain, akak bayar lebih
Allah, kena block ke ni?
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !
Sumber: Twitter, Siakap Keli/Hiburan All HMT
Be the first to comment on "‘Runner’ sedih pelanggan tak bayar, Whatsapp pula diblok lepas dapat barang"