Sejak beberapa hari lalu, industri hiburan tanah air agak kecoh dengan kenyataan Zul Yahya yang mengajak penggiat seni supaya berhijrah dan mencari pekerjaan lain yang lebih berkat.
Dalam erti kata lain, Zul Yahya menyifatkan industri ini tiada keberkatan dan tidak akan ke mana-mana. Malah Zul turut mengingatkan banyak mana pun rezeki diperolehi pasti rasa tak cukup.
Tambah Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya, 47, sepanjang lebih 20 tahun bergelar anak seni, dia melihat industri filem dan drama dipenuhi dengan d0sa dan hanya memikirkan keuntungan pihak-pihak tertentu sahaja.
” Saya nak kongsi satu perkara atas pengalaman dalam bidang ini lebih 20 tahun sebagai anak seni..Industri ini dipimpin sangat-sangat lari dari kehendak Allah SWT.
” Banyak kaki ampu, berpuak-puak dan juga banyak pentingkan diri sendiri,
” Banyaknya rasuah, bila mereka ada kuasa salah guna dan penuhkan diri untuk n4fsu mereka,” katanya.
Sementara itu, Zul berkata penat lelah dan pengorbanan pekerja belakang tabir seakan tidak dihargai pihak produksi yang hanya memikirkan keuntungan.
” Nasib kru-kru semua kita tahu mereka bekerja susah payah keluar pagi balik pagi, kerja tak ikut tempat, makan merata-rata, pengorbanan dan usaha mereka tapi pihak atasan tak nampak pengorbanan itu.
” Apa yang mereka nampak keuntungan peribadi… ini yang berlaku penerbit, pengarah, stesen televisyen tak ambik berat soal keberkatan, malah yang ditayang tak beri keberkatan apatah lagi yang diusahakan,” ujarnya.
Ustaz Abu Syafiq kata tidak haram
Selain Rosyam Nor dan beberapa artis lain yang menyangkal kenyataan Zul itu, seorang pend4kwah kntroversi turut tampil memberi pendapat beliau.
Ustaz Abu Syafiq menerusi satu entri di Instagram beliau telah menegur kenyataan yang mengatakan industri seni itu tidak berkat.
Meskipun tidak dinyatakan secara khusus kepada siapa teguran itu ditujukan, namun ia berkait rapat dengan kenyataan Zul Yahya sebelum ini berkenaan industri seni.
” Industri seni di Malaysia… Tidak haram. Jangan cepat menghukum orang lain tiada berkat setelah kita ‘berhijrah’.
” Namun banyak perlu diperbaiki lagi. Muhasabahlah diri dan industri seni juga. Teruskan berseni jauhi Wahhabi” tulis Ustaz Abu Syafiq.
Pendapat editor berhubung 1su ini, kenyataan Zul Yahya adalah terlalu umum apabila berkata industri seni itu adalah tiada keberkatan.
Bersangka baik, boleh jadi apa yang Zul cuba beritahu yang tiada keberkatan itu cuma sesetengah rancangan hiburan yang melalaikan dan memberi impak tidak baik kepada anak muda.
Ini kerana banyak juga program lain berbentuk keagamaan seperti Jejak Rasul, Forum Perdana, Tanyalah Ustaz dan pelbagai lagi rancangan yang berbentuk pengisian ilmu dan d4kwah.
Malah paling mendapat perhatian adalah penerbitan program-program realiti berbentuk d4kwah yang berjaya menghasilkan ramai pend4kwah-pend4kwah mudah.
Sebagai contoh Pencetus Ummah (PU), Imam Muda (IM), Da’i dan Ustazah Pilihan. Sehingga kini pesertanya masih melakukan kerja d4kwah yang diikuti golongan beliau.
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !
Sumber : Asia Kini
Be the first to comment on "ZuI Yahya Dgn Yakin Cakap Industri Seni Tiada Keberkatan, Sekali Abu Syafiq Kata Tak Haram"