Tun Mahathir Boleh Kembali Jadi Pengerusi Tetapi Ini Syaratnya

KUALA LUMPUR: Walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lagi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), beliau masih berpeluang kembali menjawat jawatan itu selepas pemilihan parti dimuktamadkan.

Seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu berkata, perkara itu susulan pengesahan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Tan Sri Syed Hamid Albar pada 16 Mac lepas bahawa setakat ini hanya bekas Perdana Menteri itu seorang sahaja yang menghantar nama untuk jawatan tersebut.

Bagaimanapun, jawatan itu hanya akan dimuktamadkan selepas proses pemilihan dan persidangan serentak 189 bahagian disambung semula kelak.
Mahathir) menang tanpa bertanding Pengerusi penggal akan datang.

“Hingga itu, jawatan (pengerusi) itu dipangku oleh Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin sebab Dr Mahathir telah pun meletak jawatan,” jelas ahli MPT itu lagi ketika dihubungi Astro AWANI.
Terdahulu, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengesahkan Dr Mahathir bukan lagi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, dan ia adalah selaras dengan perlembagaan parti itu sendiri, kata seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

ROS dalam surat bertarikh 5 Mei 2020 menjelaskan, perkara itu adalah selaras dengan Perkara 16.9 Perlembagaan Bersatu. Pada 16 Mac lepas, parti itu dilaporkan telah menangguhkan persidangan serentak 189 bahagian yang dijadualkan pada 18 April ini bagi memilih ahli MPT susulan penularan COV-19.

Syed Hamid dipetik sebagai berkata, keputusan itu susulan arahan ROS yang melarang parti atau pertubuhan mengadakan perhimpunan sehingga 30 Jun ini.
“Mungkin penangguhan akan berlanjutan sehingga selepas Jun, namun saya fikir pendaftaran Bersatu tidak akan terbatal,” katanya lagi.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber :Rentas Asia

Be the first to comment on "Tun Mahathir Boleh Kembali Jadi Pengerusi Tetapi Ini Syaratnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*