Satu Malaysia Kena T1pu! Kutipan Sumbangan Terhadap Posmen Ini Rupanya…

Beberapa hari lalu, viral mengenai kisah seorang pekerja Pos Malaysia yang dikatakan menangis termenung apabila mendapat tahu tiada bonus diperoleh tahun ini.

Kisah berkenaan mula disebarkan menerusi satu laman Facebook dikenali sebagai Masakan Utara Barat.

Malah, satu kutipan dana telah dibuat oleh laman berkenaan untuk mengutip sumbangan buat pekerja berkenaan.  

Namun, hari ini Pos Malaysia mengesahkan laman tersebut merupakan satu penipuan dan telah memperdayakan ramai orang.

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan, Pos Malaysia memberitahu pihak polis telah pun menahan seorang suspek yang disy4ki dalang pen1puan berkenaan.

“Tindakan pantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menangkap ‘scammer’ tersebut, sekali gus menghalang individu tersebut daripada mengambil kesempatan terhadap kebaikan orang ramai,” katanya.

Pada masa sama Pos Malaysia turut menasihatkan supaya orang ramai lebih berhat-hati dengan bantuan atau dana disalurkan. 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Satu Malaysia Kena T1pu! Kutipan Sumbangan Terhadap Posmen Ini Rupanya…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*