Ustaz Ebit Lew Pohon Doa Mahu Buka 10 Cawangan Pasar Raya

 

Meskipun sumbangannya sebelum ini dipertikaikan segelintir pihak, namun ia tidak mematahkan semangat Ustaz Ebit Lew untuk terus berbakti menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan.

Malah, Ustaz Ebit sendiri mend3dahkan sumber pendapatannya apabila ada pihak mempersoalkan dimana pend4kwah itu mendapat duit dan ada yang menudvhnya menggunakan duit derma untuk kepentingan diri.

Seperti diketahui, Ustaz Ebit mempunyai 3 cawangan restoran dan mempunyai sebuah butik menjual kurta. Terbaru, Ustaz Ebit meluahkan hasratnya mahu membuka 10 cawangan pasaraya menjual barangan runcit yang diberi nama Elews Mart.

Menerusi perkongsian di Facebook itu, Ustaz Ebit memohon doa daripada orang ramai agar hasratnya itu akan tercapai dan semoga menjadi asbab kebaikan.

Perkongsian Ustaz Ebit itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyokong dan menyambut baik hasrat pend4kwah itu serta mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

Malah, ramai yang mendoakan semoga pend4kwah itu dimurahkan rezeki supaya dapat membantu lebih ramai mereka yang kesusahan.  Netizen juga berkata, dengan pembukaan pasar raya itu sekaligus dapat memberi banyak peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Ustaz Ebit Lew Pohon Doa Mahu Buka 10 Cawangan Pasar Raya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*