Maksud cantik sebenar! Wajah tanpa solekan, inilah rahsia wajah ustazah berseri, senyuman menawan

Bercerita soal kecantikan, ianya suatu topik yang menjadi perhatian utama para wanita. Dalam diri mereka sentiasa inginkan wajah kekal segar dan lawa. Dek kerana itu lah pelbagai produk yang terhasil di pasaran semata-mata ingin menawan hati pengguna para wanita ini.

Tidak dinafikan, kaum wanita ini seakan bvtadan sanggup berhabis beribu ringgit untuk membeli keperluan alat solekan. Namun, harus mereka sedar sejauh mana relevan berhabis sebanyak itu untuk tampil cantik.

Sumber Facebook

CANTIK SEMULA JADI, TANPA SECALIT SOLEKAN WAJAH

Terbaru, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Amina Jasmine ada berkongsikan kecantikan seorang penceramah. Yang menarik perhatiannya adalah kecantikan dimiliki bukanlah hasil solekan tebal mahupun penuh dengan foundation di muka.

Ianya adalah semula jadi sekali gus mengikut kehendak agama dalam menjaga kehormatan diri seorang wanita, tidak berlebih-lebih untuk cantik di mata lelaki lain kecuali suami sendiri. Itu lah contoh baik ditunjukkan oleh Ustazah Asma’ Harun tampil cantik tanpa solekan di wajah.

Sumber Facebook

Berikut nukilan asal dari Amina Jasmine di facebook miliknya:

“Bila tgk wajah ustazah asma harun. Tiada secalit make up diwajahnya. Tapi wajahnya berseri. Senyuman nya indah.”

“Lihat pakaiannya. Pakaiannya melindungi dia dr mata2 lelaki yg suka melihat bentuk tubuh wanita. Dan akhirnya wanita dan lelaki tersebut bakal ahli ner4ka. Krn masing2 tidak menjaga aur4t dan pandangan.”

JANGAN KEJAR PANDANGAN MANUSIA TERHADAP KITA

“Teringat kata2 nya. Biarlah manusia tidak memandang kita. Asalkan Tuhan pandang kecantikan akhlak kita dan syurga itu lebih indah dr pujian dan perhatian didunia ni.”

Sumber Facebook

“Saya sedang buang satu2 baju yg sy rasa2 x cukup longgar. Seluar2 yg tampak bentuk kaki. Tudung2 yg singkat2. Sy bukan remaja.  Saya hampir 40an dan byk khilaf2 sy yg dulu, dlm menyelusuri hidup ni. Tak terbilang maka sy ingin cari redha Tuhan bukan hanya dgn kata2 tp dengan amal dan melaksanakannya.”

JAGA KEHORMATAN DIRI UNTUK SUAMI

“Sy nak ajak sahabat perempuan sy semua. Jom kita tutup aurat kita. Pakai tudung shj tp pakaian kita masih ketat here and there. Lelaki bkn mahram lihat bentuk badan kita dan mereka terbygkan lain. Semoga dijauhkan.”

Sumber Facebook

“Belajar la tutup aurat dgn sempurna. Kecantikan seorg isteri adalah bila dia menjaga kehormatan diri nya hanya utk suaminya shj. Bkn utk lelaki lain.” Kongsi Amina tentang tanggungjawab sebagai wanita sebenar.

Penulis setuju dengan perkongsian Amina ini. Jelas lah kecantikan seorang wanita itu hanya lah milik suaminya sahaja. Kerana yang menanggung kelak di alam sana adalah si suami. Semoga para pembaca jadikan perkongsian ini satu asbab untuk kita sama-sama berubah.

Sumber: Facebook Amina Jasmine, kredit foto: Axe Fleur

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : Info Meecks

Be the first to comment on "Maksud cantik sebenar! Wajah tanpa solekan, inilah rahsia wajah ustazah berseri, senyuman menawan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*