“Saya Tak Mahu Mereka Rentas Negeri Walaupun…” – Roslan Salleh Reda Anak Tak Balik Beraya

Biarpun kesihatannya semakin uzur dan kerap mengalami j4ngkitan paru-paru, namun pelakon veteran Roslan Salleh tidak mahu menjadikan ia sebagai alasan untuk anak-anaknya merentas negeri.

Menurut Roslan atau lebih mesra disapa Pak Lan, dia menerima hati yang terbuka sekiranya anak dan cucunya tidak pulang berhari raya.

“Saya memang tak galakkan mereka balik, biarlah duduk je beraya di rumah masing-masing.

“Daripada merentas negeri bawa peny4kit yang kita tidak tahu baiklah kita berkorban sedikit tahun ini,” katanya.

Menurutnya, dia juga tidak mahu mengambil kesempatan atas tahap kesihatan yang dialaminya ketika ini.

“Saya memang la dah sihat, baru-baru ni pun masuk h0spital sebab batuk berdarah. Tapi saya dan isteri ok je beraya ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kali ini.

“Lagi pun anak bongsu saya ada ni ha teman, dua je yang tak dapat beraya dengan kami tahun ni.

“Jadi jangan la pandai-pandai balik rentas negeri, ala kali ni je kita raya jauh dari keluarga,” katanya kepada Gempak.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Saya Tak Mahu Mereka Rentas Negeri Walaupun…” – Roslan Salleh Reda Anak Tak Balik Beraya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*