Buat aksi Wheelie mlm raya, sekali kena angkut sambil takbir raya

Dalam umat Islam mensyukuri dan menginsafi kerana terpaksa beraya dengan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), masih ada lagi anak-anak muda meneruskan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti merempit

Apa yang mencuit hati, sekumpulan mat remput terpaksa menolak motor mereka di malam raya dengan alunan takbir raya oleh pegawai Polis

Video tersebut terus tular dan rata-rata netizan terhibur melihat gelagat mereka

Dalam pada itu TINDAKAN enam ‘mat rempit’ berlumba di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang, di Kuala Lumpur, mengvndang padah apabila mereka ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pihaknya melakukan operasi itu bermula 12 tengah malam hingga jam 3 pagi.

“Dalam operasi ini, kami menahan enam lelaki berusia antara 18 hingga 30 tahun yang didapati menunggang motosikal secara melulu dan melakukan aksi berb4haya di lokasi berkenaan.

“Antara aksi yang dilakukan adalah ‘fly’, ‘Superman’, ‘zig zag’, roket dan bersaing sesama sendiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulkefly berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada pekerja penghantar makanan, pemandu lori, peniaga, pengawal keselamatan, penganggur dan pekerja penghantar barang secara sambilan.

“Semakan mendapati tiga daripada enam lelaki berkenaan mereka tidak mempunyai lesen.

“Semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : M.B

Be the first to comment on "Buat aksi Wheelie mlm raya, sekali kena angkut sambil takbir raya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*