Kec0h Bila Cik B Imamkan Solat Adik Lelakinya, Ini Jawapan Mufti Yg Ramai Tak Tahu

 

Sempena ulang tahun kelahirannya pada Selasa, nama anak usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B menjadi trending di laman Twitter.

Walau baru memasuki usia 15 tahun, pemilik nama sebenar Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin itu dihujani dengan ucapan tahniah dan kata-kata sokongan menerusi media sosial.

Turut mencvri tumpuan apabila anakanda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah iaitu Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah turut menyampaikan ucapan selamat hari lahir buat Cik B menerusi satu hantaran tweet pada awal pagi Selasa.

Di Instagram pula, Cik B yang dilahirkan pada tahun 2005 turut berkongsi satu video dirinya bertanya kepada beberapa individu terdekat termasuk ibu dan adiknya mengenai tarikh hari jadinya iaitu 19 Mei.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

CIK B YG HAVOC . @cikb_havoc66 . DOAKAN CIK B CANTIK.. KURUS.. . BOLE BERDIKARI. NAK BERJANGAK YE.. DIA BRUTAL.. TAK NAK BERJANGAK . @cikb_havoc66

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Cik B bersama ibunya, Datuk Seri Vida.

Namun kesemua mereka menjawab ia merupakan hari Selasa dan kelihatan tiada sesiapa yang mengingati hari ulang tahun kelahirannya itu.

“Nampaknya tiada siapa ingat. Tapi tak apa Cik B pun tak ingat birthday diaorang,” tulisnya pada penghujung video itu diakhiri video dia sedang disirami air dalam bilik mandi.

Video berdurasi 1.13 minit itu sehingga kini menerima lebih 150,000 tontonan.

Selain ucapan, ada juga individu yang meminta Cik B agar jangan bersedih.

Tweet ucapan Tengku Jihan buat Cik B.

Malah, ada yang cuba menyedapkan hatinya dengan berkata ibu, adik serta insan-insan tersebut sengaja buat-buat lupa tarikh itu kerana mahu memberi kejutan untuknya.

Apa-apapun, selamat hari lahir kami di mStar ucapkan buat Cik B. Semoga menjadi insan yang berjaya ya.

Terbaru DS Vida berkongsi CIk B menjadi imam ketika mereka solat, masalah yg timbul apabila Cik B menjadi Imam kepada adiknya Kacak.

KOMEN NETIZEN :

ISTERI atau wanita tidak boleh menjadi imam solat fardu atau sunat termasuk solat tarawih walaupun dilakukan bersama keluarga di rumah dalam apa jua keadaan termasuk ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebaliknya kewajipan menjadi imam itu tetap dipertanggungjawabkan kepada kaum lelaki khususnya suami atau anak lelaki yang sudah mumaiyiz (dapat membezakan mana yang baik dan buruk) walaupun belum baligh sekiranya tiada lelaki dewasa.

Timbalan Mufti Terengganu, Ahadi Othman berkata, jika suami atau lelaki dewasa ada sebarang masalah, keutamaan untuk menjadi imam boleh diberikan kepada kanak-kanak lelaki yang sudah mumaiyiz walaupun mereka belum baligh sekiranya bacaannya bagus.

“Walau dalam apa jua keadaan sekalipun termasuk suami tidak tahu membaca surah dalam solat atau terlantar sakit, wanita atau isteri tidak boleh menjadi imam sama ada solat fardu atau sunat termasuk solat tarawih kecuali solat berjemaah itu dilakukan dalam kalangan wanita sahaja.

“Sekiranya suami dan anak lelaki tidak dapat juga menjadi imam atas faktor tertentu, maka memadai isteri hanya solat bersendirian.

“Jika isteri yang menjadi imam solat berkenaan adalah sah baginya namun makmum yang mengikutnya adalah tidak sah,” katanya.

Katanya, Iman Al-Nawawi ada menyebut dalam kitabnya Al-Majmuk yang maksudnya: Maka tidak sah imam perempuan dan khunsa kepada lelaki, sama ada sembahyang fardu ataupun sunat.

Berkaitan kelebihan pahala, beliau mengakui fadilat solat berjemaah di masjid atau di surau jauh lebih besar ganjarannya berbanding dengan solat di rumah.

“Namun, berdasarkan situasi semasa bagi membendung penularan wab4k pandemik Cov1id-19, mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak pemerintah adalah menjadi keutamaan kerana ia adalah wajib.

“Bagaimanapun, saya berpandangan, selagi mana solat ditunaikan secara berjemaah di rumah sekalipun, dengan izinNya, Allah akan kurniakan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda apatah lagi ia dilakukan di bulan Ramadan.

“Maksud hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari : Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian dengan 27 darjat.

“Saya mengharapkan dengan penjelasan ini masyarakat tidak lagi keliru berkaitan siapa yang layak menjadi imam dalam solat terutama ketika umat Islam mula menyambut ketibaan bulan Ramadan pada hari ini,” katanya.

Beliau turut berdoa supaya pandemik Cov1id-19 ini segera reda selain umat Islam dapat menjalani ibadat puasa dengan cemerlang.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : Mstar via Instagram DS Vida

Be the first to comment on "Kec0h Bila Cik B Imamkan Solat Adik Lelakinya, Ini Jawapan Mufti Yg Ramai Tak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*