Rendang ayam kesukaan Ismail Kamus undang seb4k, anak kongsi rebut ‘quality time’ bersama arw4h setiap kali Aidilfitri – “Abah rajin melayan…” – Ad-din

PERGINYA pend4kwah terkenal, Datuk Ismail Kamus apabila dijemput Ilahi pada hari Jumaat di bulan Ramadan, ketika umat Islam menjalani ibadah puasa amat dicemburui.

Kini kedatangan 1 Syawal pastinya memberi kesan yang amat mendalam buat keluarga allahy4rham.

Sebagai anak lelaki sulung, pem3rgian ayahanda tercinta memberi tamparan hebat buat Mohd Firdaus, 43.

Lebih dikenali sebagai Ustaz Firdaus, beliau memberitahu Aidilfitri kali ini ternyata berbeza kerana ia disambut tanpa insan tersayang yang dipanggil abah.

Kenangan… arw4h Ismail Kamus (duduk, kiri) dan Mohd Firdaus (duduk, tiga, kanan) bersama sebahagian keluarga pada Aidilfitri.

“Walaupun beberapa tahun kebelakangan ini abah tidak sihat, tapi kami sekeluarga tetap menyambut hari raya bersama.

“Jujurnya, raya kali ini cukup sedih bagi saya kerana tiada abah di sisi. Namun, saya reda dengan ketentuan Ilahi, ” katanya kepada mStar.

Ustaz Firdaus yang merupakan anak kedua daripada empat beradik itu berkata, masakan kegemaran allahy4rham setiap kali hari lebaran sudah tentu menggamit memori.

“Abah ni suka sangat makan rendang ayam. Sampaikan anak, menantu semua belajar memasak rendang. Selepas ini setiap kali terpandang mahupun menjamah rendang, pasti jadi sebak.

“Selain rendang ayam, abah juga suka makan lemang. Walaupun ada waktu abah tak berapa sihat, tapi abah masih ada selera untuk makan rendang ayam dan lemang, ” ujarnya.

allahy4rham Ismail Kamus (kanan) sentiasa sibuk menjelang Aidilfitri.

Bapa kepada empat putera itu berkongsi kisah tentang kesibukan arw4h bapanya setiap kali menjelang Aidilfitri.

“Kalau setiap kali raya, abah yang paling sibuk. Ada saja jumpa orang itu orang sini, ada jemputan situ jemputan sini. Dan setiap kali raya jugalah abah akan panggil saya temankan dia.

 

Abah mengajar erti quality time bersama anak-anak. Abah beri inspirasi untuk saya meneruskannya bagi menerapkan nilai kekeluargaan pada anak-anak saya

MOHD FIRDAUS

“Dan saya akan rebut peluang ni sebagai masa berkualiti dengan abah. Bila saya drive ke tempat yang abah nak pergi, kami akan berbual dan saya ambil kesempatan nak tanya tentang ilmu.

“Saya juga suka berkongsi ilmu dengan abah. Macam-macam… ilmu perub4tan, fiqah termasuk bahasa Arab. Saya ni memang suka bertanya, kalau ada ramai orang jadi segan nak tanya untuk dapatkan jawapan lebih terperinci. Abah rajin melayan pertanyaan saya, ” katanya.

Mohd Firdaus (kanan) sentiasa menemani bapanya terutama ketika sambutan Aidilfitri.

Ustaz yang bertugas sebagai pengurus tanggungjawab sosial korporat di bahagian sumber manusia di sebuah syarikat di Damansara, Selangor berkata, beliau akan menggunakan pendekatan yang sama buat anak-anaknya.

“Abah mengajar erti quality time bersama anak-anak. Abah beri inspirasi untuk saya meneruskannya bagi menerapkan nilai kekeluargaan pada anak-anak saya.

Ustaz Firdaus yang juga Nazir Masjid Al-Khairiah AU3 di Keramat, Kuala Lumpur memberitahu, Aidilfitri kali ini disambut secara sederhana di rumah keluarganya di Ampang bersama ibu dan adik-beradik lain.

“Walaupun masih bersedih dengan pem3rgian abah, tapi kami sekeluarga tidak mahu rumah abah sunyi atau suram tanpa kehadiran kami adik-beradik.

“Bagi saya secara peribadi, kenangan manis bersama abah terlalu banyak untuk dikongsikan. pem3rgian abah merupakan satu kehilangan besar buat saya dan ahli keluarga, ” katanya.

Mohd Firdaus akan memupuk semangat kekeluarga yang diamalkan bapanya kepada anak-anaknya.

allahy4rham men1nggal dunia pada Jumaat 8 Mei bersamaan 15 Ramadan susulan peny4kit komplikasi jantung di kediamannya di Ampang.

men1nggal dunia pada usia 72 tahun, allahy4rham meninggalkan seorang isteri, empat anak dan 15 cucu.

allahy4rham yang merupakan Pengasas Persatuan Perub4tan Islam DarusSalam Malaysia dan juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia selama sepenggal dari 1999 hingga 2004, serta pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Rendang ayam kesukaan Ismail Kamus undang seb4k, anak kongsi rebut ‘quality time’ bersama arw4h setiap kali Aidilfitri – “Abah rajin melayan…” – Ad-din"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*