Zizi Kirana terkenang arw4h datuk men1nggal dunia hari raya kedua – “Tahun ini rasa janggal tak dapat sambut Aidilfitri di Sabah”

SAMBUTAN Aidilfitri tahun ini berbeza buat penyanyi Zizi Kirana apabila dia tidak dapat pulang ke kampung halamannya di Sabah.

Akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang melarang perjalanan rentas negeri pada hari raya, Zizi berkata dia agak sedih kerana tidak dapat bersama keluarga meraikan hari kebesaran umat Islam itu.

“Sebenarnya saya dah tiga tahun sambut raya pertama di Kuala Lumpur kerana ada komitmen kerja dan akan pulang ke Sabah pada raya ketiga… tapi nampaknya tahun ini memang tak boleh balik langsung.

“Sejujurnya memang sedih, rasa janggal sebab setiap tahun raya bersama keluarga besar di Sabah tapi kali ini hanya sendirian di Kuala Lumpur.

Zizi raya di Kuala Lumpur dan memenuhi undangan program televisyen.

“Bagaimanapun, saya masih ada aktiviti kerana memenuhi undangan program televisyen pada raya pertama sehingga raya ketiga ini. Alhamdulillah, jadi tidaklah rasa terlalu sunyi!,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, penyanyi lagu Eh ini berkata dia masih terkenang pengalaman menyedihkan semasa menyambut Aidilfitri pada tahun 2018.

Kata Zizi, datuknya men1nggal dunia akib4t komplikasi j4ntung, buah pinggang dan beberapa peny4kit lain pada hari raya kedua.

Zizi terkenang arw4h datuk yang men1nggal dunia pada raya kedua tahun 2018.

“Bercerita pengalaman dua tahun lepas saya kehilangan datuk masa raya kedua… tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan sedih itu!

“Dia minta kami sekeluarga buat rumah terbuka, tempah katering dan pasang khemah. Rupa-rupanya permintaan arw4h nak buat open house itu menjadi majlis tahlil untuknya.

“Saya rasa itulah pengalaman menyedihkan yang saya tak akan lupa sepanjang hidup dan menjadi ingatan selamanya,” ujarnya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Zizi Kirana terkenang arw4h datuk men1nggal dunia hari raya kedua – “Tahun ini rasa janggal tak dapat sambut Aidilfitri di Sabah”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*