Hidayah dedah janji arw4h Abam yg tak kesampaian – “Sayang sedih sangat… abang pergi dulu tinggalkan kami”

 

SAMBUTAN Aidilfitri tahun ini berbeza buat Nor Hidayah apabila terpaksa meraikannya tanpa suami tercinta, allahy4rham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan.

Menerusi Instagram, Hidayah berkongsi foto kenangan mereka berdua berlatarbelakangkan sawah padi di Sungai Besar, Selangor.

Menurut Hidayah, arw4h pernah menyatakan hasrat untuk bergambar bertiga bersama anak mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey pada Aidilfitri tahun ini.

“Kenangan yang tak dapat dilupakan… tahun lepas, Hamzah masih dalam perut ibu. Ibu bergambar dengan ayah berlatar pemandangan sawah padi.

“Masa ni ayah cakap, tahun depan Hamzah pula bergambar dekat pemandangan sawah padi ni. Ayah, harini ibu bawa Hamzah bergambar di pemandangan sawah padi yang ayah dan ibu pernah bergambar tahun lepas.

“Betullah apa ayah cakap, tahun ni Hamzah pula bergambar. Semoga abang tenang disana dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. Kenangan sampai syurga!,” katanya.

Perkongsian Hidayah undang sebak pengikut.

Perkongsian Hidayah itu mengundang sebak dalam kalangan pengikut di Instagram milik Abam itu.

Sementara itu, Hidayah mengakui terlalu merindui arw4h dan berasa sedih ketika membuat persiapan untuk Hamzah di pagi 1 Syawal lalu.

“Tahun lepas beraya dengan arw4h, Hamzah masih dalam kandungan tapi tahun ni sekelip mata arw4h pergi tinggalkan kami terasa sedih dan sayu sangat hati ni. Tak dapat nak gambarkan apabila pakaikan Hamzah baju raya di pagi raya, terasa pilu sekali.

“Abang, sayang rindu sangat dengan abang, sayang rindu sangat dengan pelukan kasih sayang abang pada sayang dan Hamzah. Sayang sedih sangat abang sebab tahun ni sepatutnya kita sambut hari raya sama dengan anak kesayangan kita tapi abang pergi dulu tinggalkan kami.

Hidayah bersama Hamzah bergambar bersama foto arw4h Abam.

“Hanya sekeping gambar nikah yang menjadi pengub4t rindu sayang dan Hamzah, hanya Allah yang tahu perasaan sayang. Sayang doakan abang tenang di sana dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh… kenangan sampai ke syurga!,” ujarnya

Dalam pada itu, Hidayah turut meluahkan rasa lega apabila berjaya mendapatkan semula akaun Instagram suaminya yang digod4m pada awal Mei lalu.

“Alhamdulillah, Instagram ni dapat semula setelah di h4ck beberapa minggu lepas… terima kasih kepada yang sudi membantu,” katanya.

Abam berkahwin dengan Nor Hidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia 11 bulan.

Allahyarh4m Abam meningg4l dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami dem4m.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Hidayah dedah janji arw4h Abam yg tak kesampaian – “Sayang sedih sangat… abang pergi dulu tinggalkan kami”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*