Biarlah Suami Saya M4ngsa Terakhir Pemandu Mabvk, Isteri Luah Rasa H1ba

 

Isteri kepada m4ngsa yang m4ut akib4t dilanggar pemandu mabuk dalam kejadian Isnin lalu, memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap pemandu yang menyebabkan kem4langan sehingga meragut nyawa suaminya.

Menurut Zeti Haryanti Hassan, 42, dia berharap kerajaan memperkasakan und4ng-und4ng berkaitan pemandu di bawah pengaruh alk0hol dengan menambah baik undang-undang dan peraturan berkaitan.

Harapan itu katanya supaya nasib keluarga m4ngsa seperti dia alami dapat dibela dengan sewajarnya.

“Saya berharap sungguh biarlah suami saya ini m4ngsa yang terakhir, jangan ada lagi selepas ini. Walaupun nyawa dibalas dengan nyawa sekali pun ia tidak mampu kembalikan suami saya.

“Saya sedih atas apa yang berlaku namun reda dengan kejadian berlaku semasa arw4h dalam perjalanan mencari rezeki untuk keluarga,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian jena4zah suaminya di Tanah Perkvburan Islam Al Raudah Baru, di sini, hari ini.

Suaminya, Irwan Herman Kamarudin, 41, m4ut selepas kereta Toyota Yaris dipandunya dirempuh kereta Toyota C-HR dipandu oleh seorang peraih ikan berusia 42 tahun secara melawan arus dalam keadaan mabuk pada kejadian jam 9.20 malam, Isnin lalu.

jena4zah selamat dikebumikan sekitar jam 4.30 petang selepas disolatkan di Masjid Al Raudah di sini.

Beliau meninggalkan seorang isteri serta dua anak Puteri Nur Qistina Irwan Herman, 14, dan Amanda Nur Fitrisya, 8.

Zeti Haryanti yang masih tr4uma dengan pem3rgian suaminya berharap masyarakat mengambil iktibar kejadian ini dan meminta semua pengguna jalan raya bertanggungjawab terhadap nyawa sendiri dan orang lain.

“Apabila kita memandu, kita berhati-hati dan perlu bertanggungjawab. Perlu ingat ada nyawa orang lain dan bukan nyawa kita sendiri.

“Saya sangat sedih atas apa yang berlaku, petang sebelum kejadian kami sempat berbual macam biasa. Sebelum keluar bekerja kebiasaannya arw4h suami akan beritahu saya dahulu.

“Saya akan civm tangannya dan dia cium dahi saya tapi itu tak berlaku pada hari kejadian. Dia terus pergi kerja mungkin nak cepat. Kalaulah kita tahu kan… mungkin tak bagi dia pergi kerja,” katanya.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber: Harian Metro/Rimbabara Daily

Be the first to comment on "Biarlah Suami Saya M4ngsa Terakhir Pemandu Mabvk, Isteri Luah Rasa H1ba"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*