Bella Astillah rimas dikec4m pakai baju macam tu, konon m4lu sedang hamiil – “Wajib ke post tunjuk pervt dengan baju ketat?”

 

PERKONGSIAN foto pelakon dan penyanyi Bella Astillah bersama anaknya, Mohamad Ayden Adrean menggayakan baju raya berwarna biru di Instagram mendapat perhatian netizen.

Namun menurut Bella, 26, dia begitu terkesan dengan komen neg4tif yang mengatakan pemilihan baju besar atau oversized seperti digayakannya bertujuan untuk menutup perut yang semakin membesar.

Menurut pemilik nama Dayang Nabellah Awang Astillah, dia tidak perlu berasa malu dengan keadaan perutnya kerana berita kehami1lannya sudah diketahui umum.

Umum sudah mengetahui pasangan ini bakal menimang cahaya mata kedua pada Julai depan.

Malah, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini juga ada menyimpan gambar ketika sesi fotografi kehami1lan (materni1ty sh00t) dan akan berkongsi mengikut waktu yang bersesuaian.

“Baju raya Bella semua besar sebab mahu keselesaan… tapi ada akaun p4lsu beri komen cakap saya malu nak tunjuk perut. Astaghfirullahalazim… sampai beristighfar.

“Pertamanya saya rasa semua dah tahu saya hami1l. Kedua, kalau hami1l wajib ke post tunjuk perut dengan baju ketat. Boleh ke saya buat macam tu?

“Kena kec4m tak? Ada saja gambar materni1ty sh00t tapi masa itu Bella hormat bulan Ramadan tak sesuai untuk post dan sekarang raya macam tak sesuai juga,” kata Bella.

 

Apa-apa pun, hidup ini kena sentiasa mendoakan orang lain sebab roda kehidupan berputar.

BELLA ASTILLAH

PELAKON DAN PENYANYI

Penyanyi lagu Tenang itu mend3dahkan perkara tersebut menerusi ruangan Instastory selepas menerima pelbagai komen mengenai pemilihan pakaiannya di laman sosial.

Menerusi laporan mStar pada 26 April lalu, Bella mengesahkan dia dan Aliff sudah kembali rujuk sebagai suami isteri ketika mereka masih dalam edah dan turut akui dia sedang hamil anak kedua mereka.

Baru-baru ini, Bella dan suaminya turut berkongsi berita bahawa mereka bakal menimang cahaya mata perempuan pada Julai depan.

Bella dan Aliff berkongsi berita gembira bakal timang anak perempuan menerusi IG Live baru-baru ini.

Dalam pada itu, kakak kepada penyanyi Didi Astillah ini memohon agar netizen sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk orang lain supaya mendapat kebaikan yang sama.

“Apa-apa pun, hidup ini kena sentiasa mendoakan orang lain sebab roda kehidupan berputar. Apabila kita mendoakan kebaikan untuk orang, ada kebaikan untuk kita juga,” ujarnya.

Bella dan Aliff bercer4i pada 16 Mei tahun lalu selepas penyanyi kelahiran Singapura itu beberapa kali berlaku cur4ng dengan selebriti wanita.

Pasangan itu berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Muhamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Raya Day 3 @odda.kl 😍 matchy matchy with my baby @aydenadrean17 ✨ (Pigi car park mau ambil barang di kereta pun mcm mau pigi beraya😅😂)

A post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on

KOMEN NETIZEN :

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Bella Astillah rimas dikec4m pakai baju macam tu, konon m4lu sedang hamiil – “Wajib ke post tunjuk pervt dengan baju ketat?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*