Dakw4an Memikat Isteri Orang Untuk Dapatkan Sesuatu, Pengurus Pelakon Shah Radhi Tampil Bersuara

 

Media sosial heboh dengan berita seorang pelakon lelaki did4kwa melarikan wanita bestatus isteri orang.

Selepas ramai tertanya-tanya siapa identiti pelakon lelaki tersebut, pengurusnya tampil bersuara.

Pengurus pelakon baharu Muhammad Shah Radhi Hazvee iaitu Leana Sharif memberitahu pihaknya akan memberikan kenyataan berkaitan d4kwaan melarikan isteri orang selepas aktor itu dibebaskan oleh pihak polis.

Leana Sharif berkata, dia tidak dapat mengulas lanjut buat sementara waktu kerana enggan mengganggu s1asatan p0lis.

Dia bagaimanapun tidak menafikan kejadian yang heboh diperkatakan itu melibatkan pelakon drama Monalisa, Muhammad Shah Radhi Hazvee bersama bekas pengurusnya.

” Shah direman malam tadi di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Ampang Jaya. Sekarang ni dia masih lagi dalam s1asatan.

” Saya tak boleh nak bagi apa-apa kenyataan kerana tak mahu mengganggu s1asatan polis.

” Dia akan direm4n selama empat hari. Selepas tempoh tahanan rem4n selesai, baru kami boleh keluarkan kenyataan.

” Cuma, saya mengesahkan yang Shah memang ditahan,” ujar kepada mStar.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff ketika dihubungi mStar mengesahkan pihaknya menahan suspek berusia 24 tahun di Taman Sering Ukay, Ampang, Selangor, pada Selasa.

Kata beliau, pihaknya akan melakukan s1asatan terhadap pemuda itu sehingga Sabtu ini.

Jika sabit kesalahan dia akan did4kwa bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jen4yah dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu Kelakuan A1b.

Isteri keluar rumah tanpa izin..

Menurut fakta k3s, seorang suami berusia 38 tahun yang merupakan peniaga mendapati isterinya tiada dan keluar rumah tanpa izin bersama seorang lelaki yang dikenali, pada pvkul 8 malam, Isnin lalu.

Suami tersebut mendapat tahu bahawa isterinya dan pelakon yang banyak membintangi drama tempatan itu telah berhubung dan suspek cuba memperdaya serta memikat isterinya untuk mendapatkan sesuatu.

Tambahnya, polis telah menahan reman suspek bermula Rabu sehingga Sabtu ini untuk s1asatan lanjut.

Dalam pada itu Noor Azmi menasihati orang ramai agar perlu memastikan maklumat yang sebenar sebelum ia disebarkan dan hendaklah melalui sumber yang sah.

Shah juga pernah membintangi drama Hero.

Hasil semakan polis, k4ntoi ada rekod jen4yah lampau

Terdahulu suspek ditahan jam 9 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Menurut sumber, polis turut merampas telefon bimbit dan kad sim bagi membantu s1asatan berhubung laporan polis dibuat suami wanita terbabit.

” Pelakon terbabit yang pernah berlakon beberapa drama dan filem did4kwa membawa lari wanita yang juga pengurusnya berusia 24 tahun kelmarin dan hanya disedari suaminya yang pulang ke rumah kira-kira 8 malam.

” Difahamkan mereka mula menjalin hubungan terlarang itu sejak tahun lalu selepas wanita itu bekerja dengan suspek sebelum kemuncaknya dia keluar rumah dan mengikut pelakon itu,” katanya.

Sumber berkata, susulan laporan itu, polis kemudian memanggil suspek bagi membantu s1asatan dan ditahan.

” Semakan juga mendapati pelakon itu memiliki rekod jen4yah lampau berkaitan d4dah.” katanya

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Malaysia United

Be the first to comment on "Dakw4an Memikat Isteri Orang Untuk Dapatkan Sesuatu, Pengurus Pelakon Shah Radhi Tampil Bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*