DG Hisham Beritahu Terdapat Beberapa S1mptom C0V1D19 Yang Selama Ini Kita Tidak Tahu. Jangan Ambil Rem3h Jika Ada S1mptom Ini

 

PUTRAJAYA – Pes4kitpositif Cov19 kini dikesan mempunyai simptom baru selepas dij4ngkiti v1rus itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pes4kityang dij4ngkiti Cov19 dikesan menghadapi dua s1mptom iaitu kelesuan dan hilang deria bau.

“Ada mereka yang ke pejabat, bila diambil suhu, ia normal, tetapi mereka ada kelesuan dan hilang deria bau serta rasa.

“Itu juga adalah gejala yang tidak kita maklum. Adalah penting kalau kita ambil tindakan, jika kita ada gejala yang nyata seperti dem4m dan batuk, kita pakai topeng muka dan jangan datang ke pejabat.

“Sebelum ini, pada mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ada pegawai yang datang, tidak ada gejala yang nyata seperti batuk, dem4m tetapi ada gejala kelesuan, kebetulan mereka yang menghadiri mesyuarat itu perlu menjalani ujian saringan, beliau didapati pos1tif,” katanya pada sidang media harian Cov19, hari ini.

Gejala itu dipercayai dikesan ke atas Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid yang mengadakan pasca mesyuarat Kabinet, minggu lalu.

Ia turut memberi kesan kepada 35 individu termasuk termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terpaksa menjalani kuarantin wajib selama 14 hari biarpun kesemua mereka didapati negatif Cov19.

Noor Hisham berkata, sebelum ini antara gejala yang dikesan adalah dem4m, batvk, selesema, cirit birit dan sesak nafas.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, pihaknya akan mengkaji semula beberapa aktiviti yang diberikan kelonggaran kepada masyarakat antaranya aktiviti berjoging dan bersenam.

“Apabila kita melakukan jogging atau bersenam pastikan penjarakan itu ada, jadi kita juga akan bincang balik dengan MKN dan juga PDRM dan badan-badan berkuasa yang lain untuk kita pastikan pemantauan untuk menjarakkan lagi.

“Kalau boleh kita lihat kepada syarat-syarat exit daripada WHO iaitu community empowerment tak semestinya MKN ataupun polis kena berada di tempat tersebut tetapi masyarakat boleh pastikan penjarakan itu diamalkan, itu yang lebih penting,” katanya lagi.

Pada 1 Mei lalu, Muhyiddin berkata, sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei tertakluk kepada syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Antaranya, restoran dibenar beroperasi dengan syarat mematuhi SOP perniagaan, aktiviti sukan luar seperti bermain badminton atau tenis tanpa penonton, joging, kayuhan basikal, golf dan larian tidak melebihi 10 orang dibenarkan dengan syarat mengamalkan jarakan sosial.

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : Malaysia Gazette/Transformasi

Be the first to comment on "DG Hisham Beritahu Terdapat Beberapa S1mptom C0V1D19 Yang Selama Ini Kita Tidak Tahu. Jangan Ambil Rem3h Jika Ada S1mptom Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*