Spekulasi tukar k’jaan sekali lagi, sekali Azmin bid4s ‘org g1la kuasa’

Spekulasi bertiup kencang mengatakan Pakatan Harapan (PH) memiliki sokongan majoriti ahli parlimen untuk mencabar kesahihan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat, selepas kerajaan PH tvmbang dalam krisis politik pada Februari lalu.

Bagaimanapun, menteri kanan Mohamed Azmin Ali, yang memainkan peranan penting dalam kejatvhan kerajaan sebelum ini, mend4kwa tidak tahu menahu bahawa PH dan Warisan mempunyai sokongan 129 anggota parlimen.

Bercakap di Alor Star, Kedah hari ini, beliau berkata perhatian harus diberikan kepada rakyat dan bukannya mengheret negara dalam satu lagi kris1is politik.

Anwar Gi1la Kuasa?

“Kita tidak patut diheret ke satu lagi krisis politik dan dijadikan mngsa hanya kerana seorang yang g1la kuasa dan mahu menjadi perdana menteri,” katanya pada sidang media.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, kenyataan Azmin itu dipercayai ditujukan kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, PN tidak boleh dipers4lahkan atas perubahan kerajaan apabila Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Februari lalu.

Katanya, titah Yang Di-pertuan Agong dalam perasmian pembukaan Parlimen baru-baru ini juga jelas menunjukkan krisis itu berpunca daripada peletakan jawatan Mahathir.

“Walaupun, Agong meminta Mahathir untuk kekal sebagai PM, Mahathir menegaskan mahu letak jawatan,” tambahnya.

Susulan kekosongan jawatan perdana menteri, Azmin berkata Agong menjalankan tanggungjawab baginda selaras Perlembagaan Persekutuan untuk melantik pengganti.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia menjalankan tugasnya secara terbuka, telus dan jujur. Agong mempunyai kuasa untuk melantik seorang PM yang mendapat sokongan majoriti di Parlimen.

“Baginda berpuas hati bahawa (Presiden Bersatu) Muhyiddin (Yassin) memiliki majoriti,” tambahnya.

Mengikut susuna kerusi di Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu, Muhyiddin mempunyai 113 sokongan ahli parlimen iaitu kelebihan dua kerusi.

Dewan Rakyat memiliki seramai 222 anggota parlimen.

Bersatu kini berpecah kepada dua – satu kumpulan memihak kepada Muhyiddin, dan satu lagi berpihak kepada Mahathir yang masih bersama PH.

Mahathir merupakan pengerusi parti itu dan anaknya Mukhriz Mahathir adalah timbalan presiden.

Kerajaan PH tumbang selepas Azmin dan sembilan ahli parlimen dari PKR keluar daripada parti itu, manakala Muhyiddin menarik balik sokongan terhadap PH yang terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.

Muhyiddin kemudian dilantik sebagai perdana menteri kelapan pada 2 Mac dengan menubuhkan kerajaan PN bersama BN dan PAS.

Gabungan itu turut disokong oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Parti Sabah.

“Nombor sudah ada, calon PM pun sudah dipersetujui…bye bye Muhyiddin!!!,” – PH

Kuala Lumpur – Blogger Pakatan Harapan (PH), Shahbudin Husin mend4kwa Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempunyai sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan bagi mengantikan Perikatan Nasional.

Shahbudin berkata demikian melalui catatan di laman Facebooknya.

“Nombor sudah ada, calon PM pun sudah dipersetujui…bye bye Muhyiddin!!!,” tulisnya ringkas.Perkara yang sama turut dibangkit oleh blogger Raja Petra Raja Kamarudin.

Menurut Shahbudin Husin, Tun Mahathir Mohammad telah mempunyai sokongan 129 ahli parlimen dan akan mohon untuk mengadap Agong dalam masa terdekat.

Untuk mempersembahan jumlah sokongan serta memohon untuk mengangkat sumpah sebagai PM ke 9. Anwar akan kekal sebagai bakal perdana menteri,”

Terdahulu Shahbudin turut membayangkan gabungan Mahathir-Anwar hanya menunggu masa untuk mengantikan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pengakuan sokongan mereka itu sudah sedia ada di tangan Tun Mahathir dan Anwar serta hanya menunggu masa, seawalnya dalam Sidang Parlimen 13 Julai nanti untuk ia dibvktikan.

“Awas Muhyiddin, masa kejatuhan kerajaan tebuk atap ini akan tiba tidak lama lagi,” tulisnya.

Kerajaan PH tumbang Februari lalu setelah Mahathir mengumumkan perletakan jawatan sebagai perdana menteri.

Susulan daripada itu Bersatu dan beberapa ahli parlimen PKR pimpinan Azmin Ali mengumumkan keluar daripada PH.

Yang Di Pertuan Agong kemudiannya mengadakan pertemuan dengan semua ahli parlimen sebelum berkenan melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri ke 8.

Kerajaan Perikatan Nasional ditubuhkan melalui gabungan Bersatu dengan Barisan Nasional, GPS dan PAS. – SuaraTV

Sumber:C Cinca

Agong Sedih Dr M Letak Jawatan Namun Bertegas Muhyiddin Terima Sokongan Majoriti Sebagai PM

Agong berkata baginda menerima peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dengan perasaan dukacita dan cuba memujuk ahli parlimen Langkawi itu agar mengubah pendirian namun gagal.

Baginda juga bertitah selepas mendapati Muhyiddin Yassin mendapat sokongan majoriti anggota parlimen baginda memilih anggota parlimen Pagoh itu sebagai perdana menteri baru.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Trending Sangat

Be the first to comment on "Spekulasi tukar k’jaan sekali lagi, sekali Azmin bid4s ‘org g1la kuasa’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*