[VIDEO] Apa Yg Syeriv Buat Pada Adiknya Bila Menangis Buat Ramai Tak Sangka

 

Pelakon Syatilla Melvin terharu melihat gelagat anak sulungnya, Syeriv Samheizy memujuk adiknya,  Sarima Samheizy.

Syatilla berkongsi gelagat anaknya itu menerusi satu video pendek rakaman CCTV yang dimuat naik di akaun Instagramnya hari ini. 

Video tersebut merakamkan Syeriv berada dalam sebuah bilik dan sedang memujuk adiknya yang menangis.

“Tilla sengaja duduk luar bilik pantau melalui CCTV nak tengok macam mana dia handle adik dia. Ya Allah tak sangka Syeriv abang-abang sangat.

“Dia siap cakap abang ada ya sayang, aduhhh patutkah aku mengandung lagi eh,” tulisnya bergurau.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Adik dia duk lena elok2, dia masuk buat bising, dah terbangun sebb abg bising sgt..pastu tilla sengaja duduk luaq bilik pantau thru cctv nak tgok mcmana dia handle adik dia😁ya allah xsangka syeriv abg2 sgt🤣dia siap cakap *abg ada ye sayang* aduhhhhhhhhhhhh patutkah aku mengandung lagi??ehh..hahahahha

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rakan-rakan selebriti juga tidak ketinggalan memuji kecomelan Syeriv antaranya Hanis Zalikha, Ramona Zamzam dan Amber Chia.

Terdahulu, Sam dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki sebelum ini, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.

Manalala Sarima pula dilahirkan pada 17 April 2019.

Dalam perkembangan terbaru Syatilla kembali dengan filem pendek raya terbitan Gempak dan Astro Shaw berjudul Gerakan Serunding.

Filem berdurasi lebih enam minit, ia merupakan gandingan pertama suami isteri Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin.

Gerakan Serunding mengisahkan Siti (Syatilla Melvin) dan Ali (Shaheizy Sam) menyambut Ramadan dalam suasana PKP, teringin untuk berbuka dengan juadah makanan istimewa hasil tangan ibu di kampung iaitu Serunding.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "[VIDEO] Apa Yg Syeriv Buat Pada Adiknya Bila Menangis Buat Ramai Tak Sangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*