“Yakin tak akan dapat j4ngkitan ke? Jangan syok sangat pergi rumah orang!” – Yatt Hamzah tegur masyarakat degil sibuk beraya

NAMPAKNYA kelonggaran yang diberikan kerajaan untuk hanya melakukan aktiviti ziarah pada hari raya pertama masih gagal dipatuhi oleh sebilangan rakyat.

Susulan itu, pelakon Yatt Hamzah menegur segelintir masyarakat yang masih berdegil tanpa memikirkan kesan terhadap kesihatan jika sambutan Aidilfitri diteruskan tanpa kawalan.

Ujar Yatt, peranan dan sumbangan petugas barisan hadapan akan menjadi sia-sia sekiranya orang ramai tidak memberikan kerjasama.

Yatt berkongsi kebimbangannya di Instagram.

“Kalau betul #KitaJagaKita cukup-cukuplah beraya rumah ke rumah tu. Dah lima Syawal ni. Kasihanlah kat frontliners tu. Usah sia-siakan usaha mereka siang malam berjuang menjaga kita.

“Kalau kita pun tak jaga diri kita sendiri. Inikan pula nak jaga orang lain. Ada juga yang masih degil ni ya. Macam mana nak buat dengan mereka ini.

“Yakin tak akan dapat j4ngkitan ke ni? Tak payah nak syok sangat raya rumah orang. Barisan hadapan kita tak raya, kita duk kalut pula,” kata Yatt.

 

Kepada yang jemput Bonda dan keluarga ke rumah tu, maaf sangat, rumah penuh dengan warga berisiko mendapat j4ngkitan.

YATT HAMZAH

PELAKON

Yatt berkongsi perkara tersebut menerusi Instagram pada Khamis dan rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataannya itu.

Menerusi laporan mStar pada Selasa, walaupun raya sebulan, prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan hanya membenarkan sambutan itu diraikan pada 1 Syawal saja.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sambutan pada hari raya kedua mahupun seterusnya tidak dibenarkan dan menyalahi SOP dikeluarkan kerajaan.

Yatt mempunyai anak-anak yang berisiko dijangkiti w4bak C0v1d-19.

Dalam pada itu, Yatt turut memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi jemputan ke rumah kenalan memandangkan mempunyai ahli keluarga yang berisiko tinggi dij4ngkiti C0v1d-19.

“Kepada yang jemput Bonda dan keluarga ke rumah tu, maaf sangat, rumah penuh dengan warga berisiko mendapat j4ngkitan. Harap kita patuh SOP. Kita sedang berjuang memutuskan rantaian j4ngkitan.

“Jadi, bersabarlah. Ini yang terbaik jika nak keadaan semakin baik. InsyaAllah kita pasti menang jika kita bersatu usaha. Aamiin. Jadi, masih nak pergi beraya ke hari ini?” ujarnya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : OhBulan

Be the first to comment on "“Yakin tak akan dapat j4ngkitan ke? Jangan syok sangat pergi rumah orang!” – Yatt Hamzah tegur masyarakat degil sibuk beraya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*