Baru je kena pec4t, Sekali Tun M pula nak pec4t Muhyiddin

TUN Dr Mahathir Mohamad akan membawa isu pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

Katanya perkara itu akan dilakukan menerusi mesyuarat berkenaan.

“Kita memang nak pecat dia, tapi saya kena tunggu Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT),” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Bersatu hari ini.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin sepatutnya mengadakan sidang media di lokasi sama pada 4 petang tadi berhubung isu semasa Bersatu sebelum kemunculan secara tiba-tiba Dr Mahathir.

Berikutan perubahan itu, difahamkan, Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri bergerak ke sebuah hotel di ibu negara.

Sidang media Dr Mahathir itu turut dihadiri Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dr Mahathir berkata, banyak perkara salah dilakukan Muhyiddin sejak kebelakangan ini terutama membabitkan pemberian jawatan kepada ahli Umno yang menyertai Bersatu.

“Parti sudah buat keputusan bahawa orang Umno yang masuk Bersatu mesti melalui satu proses.

“Orang Umno tidak boleh pegang apa-apa jawatan. Apa yang dibuat oleh Muhyiddin adalah salah,” katanya.

‘Dia tak ada hak p3cat saya’ – Tun M

“SAYA masih Pengerusi. Tindakan Setiausaha Kerja memecat kami adalah salah. Dia tidak ada hak,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, tugas seorang Setiausaha Kerja hanyalah membantu Setiausaha Agung menjalankan kerja-kerja pejabat dan tidak mempunyai kuasa mengeluarkan surat pemecatan.

Katanya, sebagai pengerusi, beliau juga mengambil keputusan memecat Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya sebagai Setiausaha Kerja dan digantikan dengan Datuk Sazmi Miah berkuat kuasa hari ini.

“Dia melangkaui kuasa sebagai Setiausaha Kerja. Saya pun tak tahu dia boleh pecat orang.,” katanya.

Nak p3cat, saya tunggu di pejabat – Tun M

“SAYA sekarang di Ibu Pejabat Bersatu, kata nak p3cat, saya tunggu di pejabat.”

Itu ciapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi Twitternya dipercayai berkaitan isu pemec4tan sebagai ahli Bersatu, semalam.

Selain Dr Mahathir, beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat tiba di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, jam 3.30 petang tadi.

Dr Mahathir dipercayai datang ke Ibu Pejabat Bersatu untuk berdepan dengan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin dijadual mengadakan sidang media di lokasi sama jam 4 petang.

Sementara itu Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika ditemui di perkarangan bangunan Yayasan Selangor enggan mengulas lanjut.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Trending Sangat

Be the first to comment on "Baru je kena pec4t, Sekali Tun M pula nak pec4t Muhyiddin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*