Suhaimi Yang Keluarkan Surat Gugvrkan Keahlian Tun M, Sekali Dia Pula Kena Pec4t. Ini Puncanya

Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya yang mengeluarkan surat menggvgurkan keahlian lima pemimpin parti termasuk Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad, dipec4t berkuat kuasa serta-merta.

Tak rujuk parti dan langgar etika

Menurut Datuk Marzuki Yahya yang jawatannya sebagai setiausaha agung dipertikaikan, pemecatan itu dibuat kerana Muhammad Suhaimi melanggar etika kerja dan Perlembagaan Bersatu Pindaan 2019 apabila membuat keputusan berhubung pentadbiran parti.

Katanya, Muhammad Suhaimi mengeluarkan surat pemec4tan keahlian kepada pemimpin berkenaan tanpa pengetahuan parti dan did4kwa tidak merujuk kepadanya terlebih dahulu selaku Ketua Pentadbir Ibu Pejabat dan Setiausaha Agung sah.

” Fasal 8.11 perlembagaan menetapkan kesemua perihal pengurusan keahlian dan daftar ahli adalah di bawah bidang kuasa setiausaha agung,

” Manakala, Fasal 16.6.3 dan 16.6.5 menyatakan setiausaha agung mengelola pentadbiran ibu pejabat parti dan perihal pengurusan keahlian dan daftar ahli,” katanya ketika dihubungi.

Merujuk itu, beliau berkata, Muhammad Suhaimi tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan surat pemecatan, apatah lagi kepada pengerusi parti.

Konflik dalam Bersatu, menyaksikan status Marzuki sebagai Setiausaha Agung Bersatu turut dipertikaikan apabila Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengisytihar dirinya sebagai pemangku pengerusi dan menyingkirkan Marzuki daripada itu jawatan pada 18 Mac lalu.

Datuk Seri Hamzah Zainudin kemudiannya dilantik sebagai setiausaha agung yang baharu.

Terdahulu, Muhammad Suhaimi dilapor mengeluarkan surat ‘keahlian terhenti serta-merta’ kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat lagi pemimpin iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Datuk Amiruddin Hamzah; Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Digugurkan, bukan dipec4t

Sementara itu, bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat lagi pemimpin lain sebenarnya bukan dipec4t sebaliknya digugurkan keahliannya daripada parti itu.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Wan Saiful Wan Jan menegaskan, perkara itu jelas termaktub dalam perlembagaan parti dan tidak timbul soal pemecatan seperti yang disiarkan oleh media sebelum ini.

” Fasal 10.2 perlembagaan Bersatu adalah jelas bahawa ‘Keahlian seseorang ahli terhenti secara serta merta apabila’ … ‘menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain.

” Apabila mana-mana ahli parlimen BERSATU memilih untuk menyertai kelompok yang bukan bersama parti sendiri di dalam Parlimen, maka secara automatik keahlian mereka gugur dan ia bukan satu perkara mengejutkan.

” Saya mahu tegaskan bahawa mereka tidak dipec4t sebaliknya keluar hasil tindakan sendiri.

” Sebagai contoh, apabila seseorang itu dengan sendiri berjalan keluar dari rumah, dia bukan dikeluarkan dari rumah itu tetapi tindakannya yang menyebabkan dia berada di luar rumah, itulah yang berlaku dalam k3s ini,” katanya dalam satu kenyataan di Kangar, malam ini.

Mengulas kembali mengenai tindakan lima Ahli Parlimen terbabit di Parlimen pada 18 Mei lalu, Wan Saiful menegaskan bahawa tindakan mereka itu adalah bertentangan dengan pengamalan mana-mana ahli politik.

” Tidak ada satu parti pun di muka bumi ini yang membenarkan Ahli Parlimennya berada di kerusi yang berbeza dari kedudukan parti di dalam Parlimen.

” Tolong beritahu parti mana di dunia ini yang pernah benarkan ia berlaku? Tiada masalah untuk berbeza pandangan tetapi mestilah (tetap berada) dari blok parti sendiri, bukan dari luar (blok parti),” katanya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Limau Ais

Be the first to comment on "Suhaimi Yang Keluarkan Surat Gugvrkan Keahlian Tun M, Sekali Dia Pula Kena Pec4t. Ini Puncanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*