Tahniah Idzham Ismail & Isteri, Bakal Timang Anak Kedua. Usia Kandungan Sudah 14 Minggu

Tiada yang lebih menggembirakan untuk setiap pasangan suami isteri selain daripada berita kehamilan sang isteri. Walaupun bukan kehamilan yang pertama, keterujaan hati tetap sama tatkala dimaklumkan isteri hamil lagi.

Pelakon Idzham Ismail ada berkongsi berita gembira tentang isterinya, Siti Nur Abilah atau mesra disapa Bella yang kini sedang berbadan dua.

Berita tersebut dikongsi oleh pelakon Bukan Gadis Biasa ini melalui akaun Instagramnya.

Dalam entri tersebut, Idzham turut berkongsi rakaman video ultra sound bayi dalam kandungan isterinya yang kini sudah berusia 14 minggu.

“Assalamualaikum Adik Baby

“14 weeks dah dia. Kakak tengah tunggu adik tu. Alhamdullilah,” tulisnya di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum Adik Baby . 14weeks dah dia . Kakak tengah tunggu adik tu . Alhamdulillah

A post shared by Idzham Ismail (@idzham_ismail) on

Menerusi perkongsian yang dibuat, Idzham dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan juga rakan artis.

Idzham dan Bella yang bekerja sebagai pramugari MAS diijabkabul pada Ogos 2016. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama Nur Sofea Inara yang kini sudah berusia 3 tahun.

Tahniah diucapkan kepada Idzham dan Bella dengan kehamilan anak kedua ini. Pasti kaka Sofea juga tak sabar nak tunggu kelahiran bayi yang bakal dilahirkan oleh ibunya kelak. Semoga semuanya dipermudahkan!

Sumber: Media Hiburan & Instagram Idzham Ismail

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Pa&Ma

Be the first to comment on "Tahniah Idzham Ismail & Isteri, Bakal Timang Anak Kedua. Usia Kandungan Sudah 14 Minggu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*