Muat naik foto bersama, Ikhlas Jalil mengaku dah lama minat Zulin Aziz – “Kami mula rapat sejak Ramadan lalu”

GARA-GARA memuat naik foto bersama Zulin Aziz di laman Instagram, pelakon Ikhlas Jalil menerima pelbagai komen daripada pengikut yang mahukan kepastian mengenai status hubungan mereka.

Menjawab persoalan tersebut, Ikhlas berkata mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dan menganggap Zulin sebagai rakan seperjuangan dalam industri.

“Sejujurnya, tak ada sebarang hubungan istimewa pun… kami kawan-kawan sahaja dan saya pun dah lama kenal dia cuma semakin rapat bermula Ramadan lalu.

“Saya memang dah lama minat dia, maksud saya minat bakat dia serta keunikan dia, saya dah anggap dia macam idola dalam industri seni ini… sehinggalah baru-baru ini kami berpeluang buat content video bersama.

Ikhlas kagumi bakat yang ada pada Zulin.

“Untuk memasuki fasa baharu perhubungan itu saya rasa masih jauh… kalau betul bercinta, saya mesti mengaku, takkan nak sorok pula kan?,” katanya kepada mStar.

Sebelum itu, menerusi Instagram, Ikhlas memuat naik beberapa keping foto bersama Zulin sehingga mengundang pelbagai spekulasi daripada peminat.

Rata-ratanya mendoakan supaya mereka menjadi pasangan kekasih dan menamatkan zaman bujang secepat mungkin.

Ikhlas mula rapat dengan Zulin setelah mereka membuat kandungan video bersama.

Menyedari komen yang ditinggalkan oleh pengikut itu, Ikhlas atau nama sebenarnya Hizatul Ikhlas Abdul Jalil, 28, berkata dia lebih selesa meletakkan soal jodoh sebagai ketentuan daripada Allah.

“Soal jodoh saya memang serahkan pada Allah, kalau orang doakan benda baik, tak salah kita aminkan sahaja.

“Tapi buat masa ni jodoh itu masih belum jumpa, jadi sekarang ini saya follow the flow sahajalah!

“Kalau tanya bila nak kahwin, dari dulu lagi saya dah pasang impian itu tapi… itulah belum jumpa calon sesuai lagi,” ujarnya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Muat naik foto bersama, Ikhlas Jalil mengaku dah lama minat Zulin Aziz – “Kami mula rapat sejak Ramadan lalu”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*