[VIDEO] Pak cik tua merangk4k tepi jalan, tindakan dua lelaki ini tarik perhatian ramai

Pada 26 Mei lalu, tular satu video menyentuh hati di Facebook membvktikan bahawa dunia masih memiliki ramai insan yang berhati mulia.

Dalam video berdurasi 1 minit 41 saat itu, kelihatan seorang lelaki warga emas yang merangk4k di tepi jalan dalam keadaan hujan gerimis.

Pada ketika itu, jalan raya sibuk dengan kenderaan lalu-lalang namun tiada sesiapa pun yang mahu memberhentikan kenderaan masing-masing bagi memeriksa keadaan lelaki tua ini.

Facebook

Lelaki tua itu terus merangk4k secara perlahan-lahan dan kelihatan dalam keadaan yang tidak begitu baik. Kemudian, datang seorang lelaki menunggang motosikal dari arah bertentangan. Lelaki ini telah memberhentikan motosikalnya di tepi jalan untuk memeriksa keadaan lelaki tua itu.

Facebook

Dia kemudian membantu mengangkat lelaki tua itu yang kelihatan hampir rebah. Kedua-duanya kelihatan berbual seketika mungkin untuk bertanyakan keadaan dan arah tuju lelaki tua itu. Tidak lama kemudian, sebuah kereta jenis Proton Saga telah melintasi kedua-dua mereka dan mengundurkan kenderaannya secara perlahan-lahan.

Tidak pasti apakah perbualan yang terjadi tetapi nampaknya pemandu Proton Saga tersebut telah menawarkan diri untuk membantu menghantar lelaki tua yang m4lang itu ke rumahnya.

Facebook

Dibantu oleh lelaki yang menunggang motosikal ini, lelaki tua ini masuk ke dalam kereta sebelum kesemua mereka menamatkan perbualan dan meneruskan perjalanan masing-masing. Kejadian ini dipercayai berlaku di Taman Suppiah Pillay, Sungai Siput.

Facebook

Meskipun video ini amat ringkas, ia menyampaikan satu mesej yang begitu padu untuk dijadikan sebagai iktibar kepada kita semua agar senantiasa melakukan kebaikan sesama manusia.

Facebook

Semoga kebaikan kedua-dua insan tidak dikenali ini akan terbalas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : ERABARU

Be the first to comment on "[VIDEO] Pak cik tua merangk4k tepi jalan, tindakan dua lelaki ini tarik perhatian ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*