Salahuddin Dedah Berlaku Peralihan kerajaan mungkin sebelum sidang parlimen pada Julai

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub memberi gambaran bahawa Pakatan Harapan mungkin dapat merampas semula Putrajaya daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum persidangan parlimen akan datang, yang dijangka bermula pada Julai.

Salahuddin berkata demikian selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim memaklumkan dalam hantaran di Facebook bahawa beliau mempengerusikan mesyuarat PH di Petaling Jaya petang tadi.

“Kita membincangkan beberapa agenda mengenai … perjalanan ke Putrajaya, kita masih mempunyai peluang cerah untuk kembali ke Putrajaya.

“(Kita boleh) tunggu hingga parlimen bermula pada Julai atau kita boleh lakukannya sebelum tempoh tersebut.

“Saya rasa (mengambil alih kerajaan) di luar parlimen juga tidak mengapa, tidak bertentangan dengan perlembagaan,” kata Salahuddin kepada Malaysiakini ketika ditanya mengenai mesyuarat tersebut hari ini.

Beliau berkata PH sudah memiliki jumlah sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan baru, yang menyebabkan mereka mengadakan beberapa mesyuarat sebelum hari ini lagi.

“Kami sudah mempunyai jumlah (sokongan). Saya rasa kita hanya akan memaklumkan keadaan kami terhadap Yang di-Pertuan Agong. Saya rasa kita boleh melakukannya,” katanya.

Ketika ditanya sama ada mereka memiliki sokongan 129 ahli parlimen atau tidak, seperti yang disebut-sebut di media sosial beberapa hari lalu, beliau hanya tertawa dan mengatakan itu hanyalah “khabar angin”.

Salahuddin berkata bahawa beliau merupakan seorang yang praktikal dan merasakan PH perlu menentukan jumlah yang mereka ada sekarang dan bagaimana untuk terus ke hadapan.

Ditanya adakah ia bermakna mereka akan bertemu dengan Agong tidak lama lagi, Salahuddin tidak memberikan jawapan yang jelas.

“Tunggu dan lihat, okey. Kita memerlukan masa,” katanya.

Semalam, Anwar mengatakan bahawa jumlah sokongan dari 129 ahli parlimen itu masih belum dimuktamadkan.

Anwar juga berkata bahawa perkara itu tidak dibincangkan ketika mesyuarat bersama ahli parlimen PKR sehari sebelumnya, yang tidak menumpukan pada mendapatkan jumlah sokongan tersebut.

Spekulasi tersebar mengatakan bahawa PH, melalui bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Warisan did4kwa telah memperoleh sokongan daripada 129 ahli parlimen untuk merampas semula Putrajaya daripada PN.

Bagaimanapun, pembantu Mahathir, menafikan bahawa bekas perdana menteri itu bertemu dengan Agong pada Khamis.

Kerajaan PH tumbang pada Februari lalu, selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin membawa partinya keluar dari PH, sementara Azmin Ali dan 10 yang lain keluar dari PKR, melalui gerakan politik yang digelar “Langkah Sheraton”.

Muhyiddin dan kumpulan Azmin kemudian bersama-sama dengan Umno, BN dan PAS membentuk kerajaan PN.

Sementara itu dalam sesi dialog yang disiarkan secara langsung Facebook malam ini, Salahuddin berkata gelombang perubahan kemungkinan akan bermula di Johor.

“Mungkin bermula di Johor, saya cukup optimis.

“Kenapa tidak kita mulakan Johor sebagai negeri yang akan buat suatu gegaran skala richter 7.3 untuk gegarkan politik Malaysia.

“Jadi segala-galanya boleh berlaku di Johor dan kami sekarang tengah usaha ke arah itu… Tunggu dan lihat. Dari arus Selat Tebrau akan membawa perubahan besar di Putrajaya,” katanya.

PN mempunyai 29 kerusi DUN di Johor, sementara PH menguasai 27 kerusi lain. Hanya satu pertukaran sokongan akan menyaksikan dewan undangan negeri terg4ntung.

Redzuan cuba pujuk Dr M kerjasama dengan Muhyiddin ketika ziarah raya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Redzuan Md Yusof mengakui bahawa dia bertemu dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) pagi semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata pertemuan itu hanya merupakan ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri.

Redzuan berkata, dalam kunjungannya itu, beliau berusaha memujuk Mahathir itu untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi membangunkan semula negara, berikutan w4bak C0v1d-19.

“Ya memang betul saya berjumpa Tun (Mahathir). Saya jumpa di YKP lebih kurang jam 9 pagi. Saya boleh berjumpa selepas mendapat pelepasan daripada MKN (Majlis Keselamatan Negara), sebab saya negatif (Cov1id-19).

“Pertemuan itu perjumpaan biasa. Ziarah sempena Aidilfitri. Kita kawan baik, kawan lama. Tidak ada bincang soal politik.

“Saya nasihat dan mengajak Tun supaya sama-sama bantu Muhyiddin sebagai ‘kawan-kawan’ untuk membina semula negara sebab kita sedang dilanda C0v1d-19. Nampak Tun positif dengan nasihat itu.

“Pertemuan itu juga bukan seperti dilaporkan media yang saya akan tinggalkan PN (Perikatan Nasional). Itu tidak betul. Itu semua fitn4h orang yang ada kepentingan, yang nak burukkan saya,” katanya seperti dilapor BH Online.

Semalam, terdapat spekulasi mengatakan bahawa Redzuan, yang merupakan ahli Parlimen Alor Gajah dan Ahli Parlimen Sri Gading Shahruddin Md Salleh, akan menyatakan sokongan mereka terhadap Mahathir.

Namun, perkara tersebut tidak berlaku.

Sebelum ini, Bersatu telah membatalkan keahlian Mahathir, timbalan presiden Bersatu, Mukhriz Mahathir; Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta anggota majlis tertinggi Bersatu, Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah.

Keputusan itu dibuat kerena mereka duduk di blok pembangkang semasa sidang Dewan Rakyat 18 Mei lalu.

Berdasarkan status quo buat masa ini, Muhyiddin memperoleh sokongan 113 ahli parlimen, iaitu majoriti dua kerusi daripada 222 anggota parlimen di Dewan Rakyat.

Pada Februari lalu, Mahathir mengambil keputusan meletak jawatan selaku perdana menteri ketujuh susulan ‘Langkah Sheraton’ yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.

Pada 1 Mac, Muhyiddin diangkat sebagai perdana menteri Malaysia kelapan selepas mendapat sokongan majoriti anggota parlimen, dengan membentuk kerajaan PN bersama BN, PAS, dan GPS bagi membentuk kerajaan baru menggantikan PH.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : MB

Be the first to comment on "Salahuddin Dedah Berlaku Peralihan kerajaan mungkin sebelum sidang parlimen pada Julai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*