“Sudah Tiba Masanya..Bye Bye Muhyiddin” Sok0ngan Dan Cukup, Tun M Bakal Mengadap YDP Ag0ng Untuk Merealisasikan Dan Membentuk Kerajaan Baharu.

Kuala Lumpur – Blogger Pakatan Harapan (PH), Shahbudin Husin mend4kwa Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempunyai sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan bagi mengantikan Perikatan Nasional.

Shahbudin berkata demikian melalui catatan di laman Facebooknya.

“Nombor sudah ada, calon PM pun sudah dipersetujui…bye bye Muhyiddin!!!,” tulisnya ringkas.

Perkara yang sama turut dibangkit oleh blogger Raja Petra Raja Kamarudin.

“Menurut Shahbudin Husin, Tun Mahathir Mohammad telah mempunyai sokongan 129 ahli parlimen dan akan mohon untuk mengadap Agong dalam masa terdekat untuk mempersembahan jumlah sokongan serta memohon untuk mengangkat sumpah sebagai PM ke 9. Anwar akan kekal sebagai bakal perdana menteri,”

Terdahulu Shahbudin turut membayangkan gabungan Mahathir-Anwar hanya menunggu masa untuk mengantikan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pengakuan sokongan mereka itu sudah sedia ada di tangan Tun Mahathir dan Anwar serta hanya menunggu masa, seawalnya dalam Sidang Parlimen 13 Julai nanti untuk ia dibvktikan.

“Awas Muhyiddin, masa kejatuhan kerajaan tebuk atap ini akan tiba tidak lama lagi,” tulisnya.

Kerajaan PH tumbang Februari lalu setelah Mahathir mengumumkan perletakan jawatan sebagai perdana menteri.

Susulan daripada itu Bersatu dan beberapa ahli parlimen PKR pimpinan Azmin Ali mengumumkan keluar daripada PH.

Yang Di Pertuan Agong kemudiannya mengadakan pertemuan dengan semua ahli parlimen sebelum berkenan melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri ke 8.

Kerajaan Perikatan Nasional ditubuhkan melalui gabungan Bersatu dengan Barisan Nasional, GPS dan PAS.

Agong Tak Mungkin Layan Perang Psikologi PH Nak Jadi Kerajaan Semula – Pakar

PETALING JAYA – Parti paling kecil dalam Pakatan Harapan (PH) melancarkan “perang psikologi” sewaktu bekas gabungan kerajaan itu mempertingkat kempennya untuk kembali berkuasa, kata sumber yang maklum mengenai perbincangan untuk menumbangkan kerajaan 3 bulan Perikatan Nasional (PN).

Beberapa hantaran di media sosial oleh individu yang rapat dengan Amanah turut mend4kwa PH, gabungan 3 parti yang ditendang keluar dari Putrajaya selepas PPBM keluar pada Februari mend4kwa ia kini mempunyai sokongan majoriti 222 ahli Parlimen di pihaknya.

Malah satu hantaran mend4kwa PH kini menunggu untuk hadir ke istana menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan mereka mempunyai sokongan mencukupi melalui kenyataan bersumpah (SD) yang ditandatangani oleh ahli Parlimen.

Seorang pakar und4ng-und4ng yang mahir mengenai peranan istana menolak d4kwaan itu.

Beliau berkata, keadaannya berbeza dengan krisis politik pada Februari lepas apabila kerajaan PH tumbang berikutan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad.

“Agong sudah pasti tidak akan melayan SD baru daripada gabungan yang mend4kwa mempunyai sokongan majoriti. Tidak ada obligasi sedemikian dipertanggungjawabkan ke atasnya di bawah Perkara 43 (4),” katanya dengan menambah bahawa ucapan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Dewan Rakyat pada 18 Mei lepas menjelaskan perkara itu.

“Membenarkannya akan mencetuskan krisis dan ketidakstabilan politik kerana setiap 2 bulan mungkin akan ada parti politik yang hadir ke istana mend4kwa mereka mempunyai sokongan majoriti,” katanya.

‘Perang psikologi biasa’

Sumber yang rapat dengan lingkungan PH mend3dahkan bahawa d4kwaan mengenai perubahan di Putrajaya adalah perkara “biasa” dengan berkata, ia “menyerupai kempen sebelum ini”.

“Ia menyamai perang psikologi pemimpin tertentu pada 2008 yang mend4kwa mempunyai sokongan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada masa itu,” kata orang dalam PKR, dipercayai merujuk kepada kempen 16 September 2008 oleh Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan persekutuan, 5 tahun sebelum kejayaan besar gabungan Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotainya.

Khabar angin dan spekulasi mengenai majlis menghadap di Istana Negara tersebar dalam kalangan penyokong PH sejak malam semalam.

Ini termasuklah d4kwaan bahawa Parlimen akan dibubarkan esok bagi membuka jalan kepada pilihan raya umum, sementara yang lain bercakap tentang “kesihatan” Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin dikenakan perintah kuarantin 14 hari sejak minggu lepas selepas menghadiri mesyuarat pasca Kabinet yang menyaksikan seorang pesertanya disahkan dijangkiti C0v1d-18 selepas itu.

Terbaru pengarah komunikasi Amanah Khalid Samad, yang merupakan antara pemimpin PH yang lantang sejak ia tumbang 3 bulan lepas, berikrar untuk bekerja keras bagi mendapatkan semula mandat pilihan raya gabungan politik itu.

“Ia adalah persoalan memenuhi amanah rakyat,” kata bekas menteri Wilayah Persekutuan itu pada sidang media di pejabat beliau di Shah Alam.

FMT tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat permohonan untuk menghadap Agong hari ini.

Dua minggu lepas Sultan Abdullah mempertahankan keputusan mengehadkan persidangan Dewan Rakyat selama 1 hari dengan agenda tunggal Titah Diraja.

“Beta ingin menasihatkan supaya tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu, ketika rakyat jelata masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang cukup sukar akibat pandemik C0v1d-19 ini,” katanya.

Sultan Abdullah juga berkata, beliau memberi masa secukupnya kepada ahli Parlimen dari kedua-dua belah pihak untuk mencadangkan nama calon perdana menteri.

“Setelah melalui semua proses tersebut, dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, beta mendapati Tan Sri Muhyiddin bin Haji Yassin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat dan dengan demikian selayaknya dilantik sebagai perdana menteri ke-8,” katanya.

Bagaimanapun wujud d4kwaan bercanggah mengenai bilangan ahli Parlimen yang menyokong kerajaan PN.

Susunan tempat duduk persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei menunjukkan 114 ahli Parlimen berada di pihak kerajaan, 107 pembangkang dan 1 Bebas.

FMT sebelum ini memetik seorang pegawai Parlimen yang berkata, susunan tempat duduk baru akan dibuat pada persidangan Julai berikutan aduan yang diterima.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : figura.com/Media Kita

Be the first to comment on "“Sudah Tiba Masanya..Bye Bye Muhyiddin” Sok0ngan Dan Cukup, Tun M Bakal Mengadap YDP Ag0ng Untuk Merealisasikan Dan Membentuk Kerajaan Baharu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*