Ibu hidap k4nser tak menang tangan jahit manik pada selipar selepas diramal hanya ada 9 bulan untuk hidup… anak berkorban jaga 3 wanita tersayang

 

KREATIVITI seorang pes4kit kans3r limfoma tahap empat yang menjahit manik pada selipar ternyata mencuri tumpuan ramai.

Sentuhan magis Azian Shaharuddin, 57, turut dihujani dengan mesej-mesej netizen yang mahu mendapatkan produk tersebut setelah ia ditularkan di Twitter oleh anak sulungnya, Ben Farid Mohd Shaharudin pada Sabtu.

Bercerita kepada mStar, jejaka berusia 34 tahun itu mengakui sekadar mencuba nasib dan tidak menyangka ia bakal menerima reaksi luar biasa.

“Saya sekadar nak mencuba. Saya pun kongsi sekeping gambar sahaja. Tiba-tiba ramai orang DM (direct message).

“Ramai sangat sampai tak terbalas, saya sangat bersyukur. Sebenarnya mak suka buat kraf, memang minat dia.

“Semenjak dia s4kitdan duduk di rumah, saya bagi cadangan suruh dia buat. Biasanya dia akan buat atas permintaan sahaja jika ada orang order,” ujarnya sewaktu dihubungi.

Antara jahitan manik pada selipar yang dihasilkan ibu Ben.

Mesra disapa Ben, pegawai khidmat pelanggan yang menetap di Shah Alam, Selangor itu mend3dahkan ibunya sudah didiagnos dengan peny4kit itu sekitar tiga tahun lalu.

Malah, ibunya yang sebelum ini bekerja dalam bidang pemasaran turut menderita s4kitkronik seperti darah tinggi dan kencing manis.

“Sewaktu disahkan ada kans3r, doktor maklumkan mak hanya ada masa sembilan bulan. Mula-mula dapat tahu memang sedih, sebab mak tiada galang ganti.

Jadi raya tahun ini agak berbeza. Kami juga mengamalkan konsep tak terima tetamu, risau ris1ko jangk1tan khususnya pada mak dan nenek.

BEN FARID MOHD SHAHARUDIN

ANAK

“Tapi Alhamdulillah sampai sekarang mak masih lagi dipanjangkan umur. Ayah saya pula sudah meningg4l akibat s4kitjantung pada tahun 2001,” kata Ben.

Selain ibu, Ben turut menjaga neneknya yang kini berusia 82 tahun serta satu-satunya adik perempuannya yang turut s4kitsejak awal tahun lalu.

“Saya jaga mak, nenek serta adik perempuan saya. Adik jatuh awal tahun lalu dan mengalami koyak ligamen.

Ben berkongsi mengenai kraf hasil tangan ibunya di Twitter.

“Jadi raya tahun ini agak berbeza. Kami juga mengamalkan konsep tak terima tetamu, risau ris1ko jangk1tan khususnya pada mak dan nenek,” kata Ben lagi.

Selain jahitan manik pada selipar, ibunya turut menghasilkan jahitan cross stitch.

Sehingga kini, posting Ben yang mempromosikan kraf tangan ibunya menerima lebih 7,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber:Mstar

Be the first to comment on "Ibu hidap k4nser tak menang tangan jahit manik pada selipar selepas diramal hanya ada 9 bulan untuk hidup… anak berkorban jaga 3 wanita tersayang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*