Ahmad Idham Ded4h Individu Guna Gelaran ‘Datuk’ P4lsu, Ini Kata Kata Ahmad Idham Buat Ramai Terkejut

Perkongsian Ahmad Idham menerusi Instagramnya menjadi perhatian ramai apabila pengarah itu mend3dahkan seorang individu dikenalinya telah menggunakan gelaran p4lsu demi kepentingan peribadi.

Menerusi posting itu, Ahmad Idham turut memuat naik hasil semakan status berkenaan. Menurut Idham, tindakannya itu adalah untuk menyedarkan individu berkenaan bahawa penipuan itu merupakan perkara serius dan memalukan.

Menurutnya lagi, individu berkenaan merupakan kenalan yang dikenalinya secara peribadi. Ujarnya, dia sudah lama mengetahui tentang perkata itu namun ianya telah menjadi semakin serius.

“Kami mahu dia tahu bahawa mempunyai darjah kebesaran seperti Datuk bukan sesuatu yang boleh dibuat main terutama sekali jika seseorang itu langsung tidak memilikinya,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Ahmad Idham mengakui telah pun membuat teguran secara ‘berlapik’ serta mengingatkan individu berkenaan bahawa pembohongan tersebut boleh terbongkar bila-bila masa sahaja.

Katanya, dengan teknologi yang semakin canggih segala maklumat boleh didapati dalam masa yang singkat sahaja.

Jelasnya, tindakannya itu bukan mahu mengaibkan mana-mana pihak tetapi mahu menggunakan kuasa media untuk mengingatkan orang ramai bahawa 1su ini adalah perkara yang serius.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber :Rotikaya

Be the first to comment on "Ahmad Idham Ded4h Individu Guna Gelaran ‘Datuk’ P4lsu, Ini Kata Kata Ahmad Idham Buat Ramai Terkejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*