“Cantik Tak Semestinya Cerdik” – Caprice H3ntam Miss Universe Malaysia 2017

Nampaknya 1su kenyataan Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James yang berunsur perkauman terhadap orang berkulit gelap bukan sahaja menimbulkan rasa tidak puas hati netizen malahan juga rakan industri.

Terbaru rapper dan usahawan, Caprice yang kerap mengulas 1su semasa turut dilihat berang dengan kenyataan Samantha yang disifatkannya benda paling teruk pernah didengarnya daripada seorang rakyat Malaysia.

Tiada siapa boleh pilih nak jadi apa

“Macam mana awak boleh bagi tahu orang kena hadam racism dan suruh relax.

“Tiada siapa yang boleh pilih untuk jadi Melayu, Cina, India atau Iban sekali pun. Tiada siapa yang boleh pilih untuk jadi putih atau hitam,” jelas Caprice

Mengejutkan kerana keluar dari mulut seorang Miss Universe Malaysia

Malah pada Caprice kenyataan itu juga mengejutkan memandangkan ianya keluar dari mulut orang kebanyakan sebaliknya pemegang takhta Miss Universe Malaysia 2017.

Kenyataan Samantha di IG

“Tapi macam mana boleh berfikiran terlalu kecil. Cantik tak semestinya cerdik, ye betul tapi cantik atau tak kita kena sentiasa mengejar ilmu,” katanya.

Terdahulu 1su perkauman semakin h4ngat diperkatakan susulan insiden Geoge Floyd seorang warga afrika-amerika tidak bersenjata yang m4ti di tangan anggota polis berkulit putih yang dikenali sebagai Derek Chauvin.

Insiden tersebut juga menimbulan protes ‘Black Lives Matter’ yang bertukar menjadi g4nas di beberapa bandar di Amerika Syarikat sehinga memaksa perintah berkurung dilaksanakan.

Tonton video ulasan Caprice di bawah :

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cantik tak semestinya cerdik…

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Buzzkini

Be the first to comment on "“Cantik Tak Semestinya Cerdik” – Caprice H3ntam Miss Universe Malaysia 2017"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*