“Saya Jadi Makln H!lang Derla B4u” Shakilla Khoriri Alaml Mas4lah Hldung, Terp4ksa Bergantvng Kepada …

Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan kebimbangan apabila merasakan dirinya semakin hilang deria bau.

Menurut Shakilla, dia sudah merujuk kepada doktor selepas mendapati terdapat ketulan lendir dalam rongga hidungnya, namun, masalah tersebut tetap menghantuinya sehingga kini.

“Peratusan oksigen yang masuk hanya 40 peratus dari ruang hidung sebab hidung tersumbat dengan ‘benda alah’ ni. Macam lendir tapi bila dihembus tak keluar, bila disentuh atau tolak tak bergerak tapi boleh bertukar ke kiri atau kanan hidung.

“Pernah pergi klinik tapi doktor kata hanya alergi dan kesan selesema atau bersin berkali-kali.

“Saya jadi makin hilang deria bau disebabkan tertutup ruangan saluran hidung ni,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#💋• . Post pasal lubang hidung semalam tu aku dah HIDE ! Sebabnya ramai pulak orang yang geli lah apa lah. Aku macam WHY ? Tu kan aku nak share pasal masalah aku dengan orang lain yang tengah alami masalah yang sama dengan semua orang. Tengah usaha nak cari solution nya bagaimana. Yang dok geli , tak lalu nak makan bagai tu kau PAHAL ??? . . Tu lubang hidung google ye kalau yang ngok sangat tu. Penat lah korang ni. Makin lama dok rumah makin bagai2 perangai kau ehhh 🤣😂🤣😃 . . Aku tengah geram ni. Meh siapa2 nak gigit lengan sikit 🙄

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on

Jelasnya lagi, buat masa sekarang dia hanya bergantung kepada ub4t yang dibeli daripada farmasi sahaja.

“Selama ini, saya hanya bergantung pada spray hidung yang dibeli di farmasi. Makin hari makin kerap sebab ruang oksigen makin sempit tertutup dengan ketulan lendir ni,” kata isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali itu.

Ujar Shakilla, masalah tersebut menjadi semakin kritikal selepas melahirkan anak sulungnya, Ameena.

Begitupun, di ruangan komen, rata-rata meminta isteri kepada penyampai radio Fizi Ali itu merujuk kepada pakar telinga, hidung dan tekak (ENT).

“Kena jumpa doktor pakar ENT, bukan doktor biasa.

“Suami saya hari tu sampai kena b3dah sebab susah nak bernafas, macam tu lah,” komen sebahagian pengikutnya.

Saksikan drama lakonan Shakilla Khoriri di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah C0v1d-19!

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber: Gempak/Kl Press

Be the first to comment on "“Saya Jadi Makln H!lang Derla B4u” Shakilla Khoriri Alaml Mas4lah Hldung, Terp4ksa Bergantvng Kepada …"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*