Lepas kunjungan Najib, Sekali Zahid kata Kami sudah sedia untuk PRU15

Di tengah-tengah keadaan politik negara yang tidak stabil, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi isyarat partinya telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU ke-15.

Kesediaan itu dinyatakannya selepas menerima kunjungan bekas perdana menteri Najib Razak di kediamannya malam tadi.

“Kami sudah siap siaga untuk PRU15. Adakah anda semua sudah bersedia bersama kami?” katanya di Facebook hari ini.

Kenyataan itu di saat kemelut peringkat Persekutuan yang masih berterusan, dengan PH, Dr Mahathir Mohamad dan Warisan mend4kwa memiliki majoriti untuk merebut kembali kuasa dari Perikatan Nasional (PN).

PN mengambil alih Putrajaya pada Mac lalu setelah Muhyiddin Yassin membawa Bersatu keluar dari PH untuk membentuk kerjasama baru dengan Umno, BN dan PAS, dengan sokongan GPS.

Mengulas kenyataan Zahid itu, anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu A Kadir Jasin mempersoalkan jika kenyataan itu bermaksud Umno merancang untuk mencetuskan pilihan raya.

“Adakah Umno-BN sudah bersedia menjatuhkan kerajaan Melayu-Islam PN pimpinan Muhyiddin bagi memaksa PRU ke-15 diadakan lebih awal?

“Atau adakah kedua-dua mereka hendak membayangkan dan meyakinkan penyokong bahawa mereka akan lepas k3sjen4yah di m4hkamah?” kata Kadir di Facebook.

Zahid dan Najib sedang berdepan pertvduhan rasvah dan pengvbahan wang h4ram.

Pilihan raya mungkin berlaku sekiranya PH atau Umno-PAS bergerak menentang Muhyiddin, sekaligus menyaksikan kali kedua kerajaan semasa hilang majoriti dalam tempoh empat bulan.

Sekiranya Muhyiddin hilang majoriti, beliau mesti meletakkan jawatan sekiranya Agong tidak berkenan untuk membubarkan Parlimen.

Mahathir, yang kini menentang kepimpinan Muhyiddin dalam Bersatu, pernah berkata parti itu akan berdepan kehancuran dalam PRU akan datang jika tidak kembali kepada PH.

Ini kerana Umno dan PAS hampir pasti tidak akan melepaskan kerusi untuk Bersatu bertanding.

Kadir berkata lagi, Muhyiddin telah meletakkan Umno dan PAS dalam kekuatan untuk menentukan nasib Kerajaan PN apabila melantik mereka ke jawatan penting seperti menteri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Dalam bahasa mudah, Muhyiddin dan kemnya dalam Bersatu bergantung hayat kepada Umno dan Pas.

“Mampukah Bersatu kem Muhyiddin menentang PH dan Muafakat Nasional dalam PRU akan datang?” soalnya lagi.

UMNO rancang jatuhkan Muhyiddin? – A Kadir Jasin

SHAH ALAM – Ketika keadaan politik negara masih tidak stabil, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi isyarat bahawa parti berkenaan telah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), A Kadir Jasin mempersoalkan kesediaan UMNO itu jika ia bermaksud parti dipimpin Ahmad Zahid itu merancang mencetuskan pilihan raya lebih awal.

“Adakah UMNO, Barisan Nasional (BN) sudah bersedia menjatuhkan kerajaan Melayu-Islam Perikatan Nasional pimpinan (Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin bagi memaksa PRU15 diadakan lebih awal?

“Bubarkan Parlimen dan adakan pilihan raya umum lebih awal adalah mantera UMNO. Atau adakah kedua-dua mereka hendak membayangkan dan meyakinkan penyokong bahawa mereka akan lepas k3sjenayah di m4hkamah?,” kata Kadir di Facebooknya hari ini.

Terdahulu, kesediaan Presiden UMNO itu dinyatakan selepas Ahmad Zahid menerima kunjungan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kediamannya malam tadi berdasarkan gambar dimuat naik di Facebook Ahmad Zahid hari ini.

Mengulas lanjut, A Kadir memberi gambaran sekiranya PRU15 diadakan lebih awal, UMNO dan BN tidak rugi apa-apa.

“Mereka kalah PRU14 tapi Muhyiddin pungut mereka dari pinggiran politik dan anugerahkan mereka jawatan menteri, menteri besar dan GLC. Muhyiddin memberi mereka kuasa eksekutif dan sekali gus mengiktiraf Muafakat Nasional UMNO-Pas.

“Dengan kekuatan jawatan menteri, menteri besar dan GLC yang Muhyiddin berikan itu, UMNO dan Pas kini mempunyai kekuatan menentukan kekal atau jatuh kerajaan Perikatan Nasional,” kata A Kadir lagi.

Berikut  pula reaksi Najib 

Saya tulis slow-slow sekali lagi supaya Pak Kadir faham betul-betul pendirian kita.

Supaya dia tak buat andaian dan tudvhan jah4t lagi.

Negara dan dunia tengah krisis C0v1d.

YDP Agong sudah titah bahawa keadaan politik dan kerajaan perlu stabil. Suruh jangan timbulkan lagi kemelut politik pada masa krisis ekonomi dan kesihatan yang paling besar negara pernah hadapi.

Tapi PH masih mahu jatuhkan kerajaan dengan membeli ahli Parlimen PN

Dan jikapun PH cukup nombor, nombor itu adalah tipis dan kerajaan PH 2.0 adalah kurang stabil.

Lompat seorang-dua je, kerajaan akan tukar tangan lagi.

Oleh itu, YDP Agong boleh gunakan kebijaksanaan dan kuasa baginda untuk bubarkan parlimen bagi menyelesaian masalah ketidakstabilan politik negara.

Dan pada masa itu, BN sedia turun ke padang untuk lawan PH dalam PRU.

Itulah maksud kita.

Kita sokong kerajaan PN hingga PRU15.

Tapi jika PH buat hal lagi, BN sedia menghadapi PRU supaya kestabilan politik dapat dipulihkan.

Supaya kerajaan cukup stabil menghadapi dan melawan krisis.

Ada faham, Pak Kadir?

Apa yang Pak Kadir takut dengan PRU?

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : MB

Be the first to comment on "Lepas kunjungan Najib, Sekali Zahid kata Kami sudah sedia untuk PRU15"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*