Iklankan Motosikal RX-Z Dgn Harga Cecah RM70,000. Pemuda ini dikec4m

RX-Z memulakan pengeluaran pada tahun 1980-an. Pada masa itu terdapat dua versi RX-Z, iaitu RX-Z 100 dan RX-Z 135. RX-Z 100 telah direka khusus untuk memenuhi pasaran di Mexico sahaja, oleh itu kita tidak mempunyai ia di sini di Malaysia. RX-S 100 dan RX-S 115 adalah motosikal biasa yang kita lihat sebelum pengenalan legenda RX-Z 135.

Mulai dilancarkan pada pertengahan zaman 80-an, motosikal keluaran Yamaha iaitu RX-Z masih lagi mengumpul jumlah peminat yang ramai sehingga kini.

Motosikal yang terkenal di kalangan peminat enjin dua lejang ini walau bagaimanapun telah ditamatkan pengeluarannya oleh Yamaha sejak dari tahun 2011 lagi sekaligus membuatkan model ini menjadi rebutan peminat yang melabelnya sebagai rare.

Lihat Salah Satu Norma Baharu Dalam Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini

Terbaharu, tular di media sosial apabila seorang pemuda mengiklankan Yamaha RX-Z yang sebelum ini dijual dengan harga kurang daripada RM15,000 mengikut tahun kini dijual kembali dalam keadaan new old stock (NOS) dengan harga mencecah RM70,000.

Harga yang ditawarkan nyata mengejutkan ramai peminat lama RX-Z sekaligus mengundang kec4man berikutan harga yang dikatakan tidak masuk akal.

Dalam usaha untuk ‘menjernihkan’ keadaan, penjual Yamaha RX-Z bernilai RM70,000 ini tampil dengan memuat naik sebuah video bagi menjelaskan mengapa model ‘rare’ ini hadir dengan tanda harga yang tinggi. Menerusi perkongsian video yang dibuat, pemuda ini menjelaskan harga tinggi yang ditawarkan berikutan komponen-komponen RX-Z yang mahal.

Menurut beliau, harga tempat duduk RX-Z kini mampu mencapai sehingga RM5,000, manakala coverset sahaja sudah mencapai RM15,000. Beberapa komponen lain seperti ekzos dan meter RX-Z masing-masing telah mencapai RM2,000 dan RM3,500.

Harga yang disebutkan bagi komponen-komponen RX-Z ini sekali lagi mengejutkan peminat RX-Z yang membandingkan harga yang ditawarkan dengan harga yang boleh didapat terus daripada kedai-kedai yang menawarkan sparepart original RX-Z.

Difahamkan penjual ini sudah menerima tawaran daripada seorang pembeli yang sudi membeli dengan harga RM55,000 namun beliau masih menanti pembeli yang sanggup mendapatkan jentera ini dengan harga RM70,000.

Sebagai perbandingan, harga Yamaha RX-Z pernah mengejutkan orang ramai sebelum ini selepas ditawarkan sehingga RM35,000 pada tahun 2017. Melihat kepada keadaan semasa, harga bagi model ini seolah masih belum mencapai harga siling selepas model yang dikatakan rare ini kini diiklankan dengan harga mencecah RM70,000.

Sebelum ini tular sebuah kancil unik versi ‘cabriolet’ yang ditawarkan dengan harga serendah RM2,000. Ketahui lebih lanjut mengapa model ini sedia dilepaskan dengan harga yang rendah.

5 Sebab Kenapa Harga RXZ “Keras”

Harga sekeras batu cincin. Jika logik akal, tak mungkin harga kearas 5 digit. Tapi itulah berlaku. Keras-keras pun masih beratur orang nak beli. Itulah keistimewaan RXZ. Baiklah, Kami nak kongsi mengapa harga RXZ & harga BARANG RXZ keras?

1. Nilai Matawang

Sesetengah PART RXZ datang dari production JEPUN. Itulah tempat asal pengeluarnya. Matawang RM kita rendah. Matawang luar tinggi. Pengsan. Nak buat macam mana, kita layan jelah.

2. Permintaan Tinggi, Pengeluaran Dah Stop

Ini juga penyebab harga BARANG RXZ melambung. Kami ada juga beli dengan seller atau individu lain di sini, kami perlu penuhi permintaan pelanggan yang perlukan beberapa jenis barang sekali jalan.

Duit ada kalau barang tak ada, apa boleh buat..Jadi, kena bagi ada juga. Itu kata2 majoriti RXZ lover. Barang lama kalau masih dalam simpanan penjual2, x semua senang nak dilepaskan. Kadang2 kami tawarkan harga tinggi demi untuk dapatkan & melepas semula kepada pemunya2 RXZ yang memerlukan.

Adakalanya, kami dapat tapi kos shipping untuk penghantaran kesini hingga ratusan ringgit. Harga shipping sentiasa berbeza. Belum caj kastam di sempadan lagi. Ini juga kami hadap.

3. Otai Dah Kembali

Tak dapat di nafikan, abang abang otai dah kembali aktif. Mereka nak ride motor tak nak motor2 moden. Kurang2 mesti cari RXZ punya. Betul tak otai?

Kalau anak muda bertanya kami. Apa beza RXZ dgn motor2 lain Bang? Best ke pakai RXZ ni?

Ini kami tak reti nak jawab. Tapi dengan yang pernah ride jentera RXZ tahu lah. Mana satu yang BEST, mana satu BIASA2. Susah nak explain dengan tulisan & kata kata, tapi mereka yang pakai RXZ mesti faham.

4. Proses

Kami berbicara dari pengalaman sendiri. Bagaimana “Syed Ammar Sparepart ” mendapatkan barang SPAREPART RXZ ni. Memang tak senang tapi bukan tak boleh. Kami ada beberapa sumber:

Dealer, Supplier , Seller

Kadang-kadang kami bersengkang mata, jarang tidur lena. Modal jangan kira, banyak mana yang ada akan terus cuba. Hakikatnya tak semudah disangka, otak x lari jadi mesin kira. Kalau nasib baik ada lah rezeki untuk anak, kalau salah catur dapatlah penat saja.

5. Peminat Meningkat

Tak sangka, bukan otai je minat RXZ ini. Anak muda ada yang minat juga. Otai bukan lagi bersaing dengan otai tapi dengan anak muda. Jika nak tengok BARANG RXZ baru mendarat, selalu2 lah intai:

Mana tahu ada rezeki dapat melaram barang baik RXZ. Kadang2 ada juga kami PROMO harga, ada lebih rezeki kami kongsi. Kita punya usaha, TUHAN punya kuasa.

Ini serba sedikit perkongsian dari kami. Terima kasih tanpa batasan kepada follower, buyer & peminat tegar RXZ. Ingat YAMAHA RXZ bukan Motor biasa, tapi satu pelaburan yang BAGUS. Sekian…

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : MB

Be the first to comment on "Iklankan Motosikal RX-Z Dgn Harga Cecah RM70,000. Pemuda ini dikec4m"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*