Neelofa tegur akaun p4lsu keluar ‘tweet’ tidak sesuai, bimbang timbul salah faham – “Harap semua orang lebih bertanggungjawab!”

PENGACARA popular Neelofa kesal apabila terdapat pihak yang menggunakan nama dan foto profil miliknya di laman Twitter dengan mengeluarkan kenyataan yang kurang sesuai.

Neelofa berkata, perkara yang dilakukan itu adalah sesuatu tindakan yang tidak beretika.

“Tindakan individu menggunakan nama dan profile picture yang serupa dan dalam masa yang sama, mengeluarkan tweet yang kurang bersesuaian adalah satu tindakan yang tidak wajar dan tidak beretika.

“Semoga kita semua sentiasa menjadi pengguna media sosial yang bijak,” tulisnya.

Neelofa berharap netizen menjadi pelayar laman sosial yang lebih bijak.

Bekas pengacara MeleTOP ini berkata demikian bagi menegur beberapa akaun Twitter p4lsu menggunakan identitinya.

Malah, kenyataan yang dikeluarkan di akaun palsu itu telah menimbulkan salah faham dan kekeliruan netizen yang menganggap tweet tersebut milik Neelofa.

Selain menggunakan kata-kata kasar, pemilik akaun palsu tersebut memetik nama-nama individu lain yang boleh menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.

Antara tweet yang dikongsi pengguna Twitter menggunakan nama dan gambar profil Neelofa.

Susulan itu, segelintir netizen menyarankan agar Neelofa mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tidak bertanggungjawab itu.

Bagaimanapun, pelakon drama Suri Hati Mr Pilot ini berkata, dia belum terfikir untuk melakukan perkara berkenaan sehingga tahap itu.

“Tak naklah sampai ke tahap itu. Hanya berharap semua orang lebih bertanggungjawab dalam keghairahan bermedia sosial” ujarnya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Neelofa tegur akaun p4lsu keluar ‘tweet’ tidak sesuai, bimbang timbul salah faham – “Harap semua orang lebih bertanggungjawab!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*