Macam Confirm Sangat Dah Ni. Adik Mira Filzah Sendiri Bagi ‘Hint’

” Happy Birthday BIL..”

Itu ucapan ringkas berbunyi ‘Happy Birthday BIL’ (brother-in-law) sambil disusuli emoji Senyum yang mendapat lebih 160 tanda suka daripada pengikut di Instagram Wan Emir.

Ucapan hari jadi daripada adik pelakon popular, Mira Filzah iaitu Aina Fadhilah dengan menggunakan gelaran abang ipar kepada lelaki yang dikaitkan dengan pelakon itu, Wan Emir Astar menarik perhatian peminat.

Ia sekali gus mengukuhkan lagi spekulasi yang mengatakan Mira dan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid itu bakal berkahwin tidak lama lagi.

Malah segelintir warganet turut membalas komen adik Mira Filzah itu.

” Wahh BIL terus, confirm sangat dah nii” komen Linda

Dalam masa sama, status dimuat naik Wan Emir beserta gambar wanita yang ditanda (tag) nama Mira Filzah dan ibunya itu dengan cincin di jari manis turut mengvndang teka teki.

Pada gambar itu juga, tertera beberapa perkataan bahasa Inggeris iaitu ‘thankful’, ‘grateful’ dan ‘blessed’.

Bagaimanapun, status yang ditulis Wan Emir itu lebih kepada ucapan terima kasih kepada keluarga terutama kepada ibu dan Allahy4rham bapanya sempena hari jadinya.

” Untuk redha dan kasih sayang ibu dan papa yang tidak berbelah bahagi, untuk ‘cinta’ dari syurga yang dikirimkan ke dalam hidup saya..

” Untuk ikatan kami adik-beradik yang tidak terputus, untuk kesejahteraan dalam keluarga dan persahabata, untuk kebaikan setiap orang, untuk kenangan dan pengalaman yang tidak terkira banyaknya ..untuk segalanya..

” Ya Rabb, Syukur syukur Alhamdulillah. Aku bersyukur dengan apa yang telah kau kurniakan. Hari demi hari, aku hanya ingin menjadi seorang anak yang baik, pasangan yang baik, rakan yang baik, orang yang baik dan hamba yang lebih baik, kepadaMu.

” Maafkan saya, semua orang, atas semua kelemahan dan kekurangan saya. Dan terima kasih yang kepada semua untuk segalanya.

” Terima kasih atas segala ucapan dan doa. Semoga Allah memberkati kita semua,” tulisnya.

Kisah pasangan ini mula menjadi perhatian selepas Mira mengakui sedang berkawan dengan lelaki bukan dalam kalangan penggiat industri kepada Harian Metro tahun lalu.

Malah, awal tahun ini dan beberapa bulan lalu bertiup kencang Mira dan Wan Emir bakal berkahwin pada Oktober ini.

Mira juga sebelum ini beberapa kali memberi ‘hint’ bahawa hatinya sudah dimiliki meskipun tidak pernah menyatakan secara terperinci tentang hubungan dengan Wan Emir.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Asia Kini

Be the first to comment on "Macam Confirm Sangat Dah Ni. Adik Mira Filzah Sendiri Bagi ‘Hint’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*