‘Bagaimana Merendah Diri Seorang Permaisuri’ – Aznil Mengg1gil Bercakap Dengan Raja Permaisuri Agong

Pengacara terkenal tanah air, Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil memuat naik satu posting di Instagram di mana dia berasa gigil untuk bercakap dengan Raja Perma1suri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melalui telefon.

Daulat Tuanku!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

**maafkan Paknil atas pengaturan ayat dan pemilihan perkataan yg spontan campur gigil semasa bercakap dengan Baginda Tuanku Permaisuri Agong. Menjunjung kasih Tuanku atas perkenan Tuanku untuk patik siarkan perbualan ini. #LaguBaruPaknil #APO #NoCyberBully #TidakBuliSiber

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on

Maafkan Paknil atas pengaturan ayat dan pemilihan perkataan yang spontan campur gigil semasa bercakap dengan baginda Tuanku Perma1suri Agong. Menjunjung kasih Tuanku atas perkenan Tuanku untuk patik siarkan perbualan ini.

Menerusi rakaman video selama 4:29 saat, Pak Nil memberitahu bahawa dia telah menghantar mesej kepada Tunku Azizah baru-baru ini berhubung hal kerja. Walaupun, sebelum ini mereka pernah berhubung mengenai makanan, Pak Nil tidak menafikan bahawa dia masih berasa gigil untuk bersembang dengan tuanku perma1suri apatah lagi melalui panggilan telefon.

Tambah Pak Nil, dia memaklumkan kepada Tunku Azizah terlebih dahulu mengenai surat yang dihantar olehnya menerusi pihak istana. Ujar Pak Nil lagi, dia tidak mahu Tuanku terperanjat seandainya surat tersebut telah sampai. Oleh itu, Pak Nil mengambil pendekatan untuk memaklumkan hal tersebut terlebih dahulu.

Tangisan keinsafan dan syukur

Selepas berbual dengan Tunku Azizah, Pak Nil kelihatan menitiskan air mata. Menurut Pak Nil, Tunku Azizah seorang perma1suri yang sangat rendah diri dan berjiwa rakyat. Air mata yang mengalir selepas perbualan tersebut merupakan air mata keinsafan dan syukur jelas Pak Nil.

Pak Nil juga memberitahu bahawa jika seseorang menggunakan sosial media sebagai platform untuk kebaikan, nescaya kebaikanlah yang akan didapat. Manakala, jika sosial media digunakan untuk membuli dan menghina orang, Pak Nil tidak dapat melihat kebaikannya.

First time nampak Pak Nil gugup

 

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberitahu bahawa mereka pertama kali melihat Pak Nil gugup seperti itu. Namun, mereka kagum dengan keyakinan dan cara pertuturan Pak Nil semasa berhubung dengan Tunku Azizah.

Sumber: Datuk Aznil Hj Nawawi 

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber :OhBulan

Be the first to comment on "‘Bagaimana Merendah Diri Seorang Permaisuri’ – Aznil Mengg1gil Bercakap Dengan Raja Permaisuri Agong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*