Ramona Zamzam Tak Ajar Anak Cakap Melayu, Ini Puncanya Buat Ramai Tak Boleh Terima

Pelakon Ramona Zamzam mengakui anak sulungnya, Ivanna Alashkar tidak diajar untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian.

Menurut Ramona, keputusan itu dibuat selepas mendapat saranan daripada doktor untuk menggunakan satu pilihan bahasa sahaja yang sama digunakan bersama suaminya yang merupakan warga Palesti1n.

“Sebenarnya ramai yang tanya soalan sama (sama ada anak faham Bahasa Melayu). Jawapannya, tak faham. Ia dicadangkan oleh doktor kami.

“Masa awal-awal kami bercakap dengan Ivanna ayahnya cakap bahasa Arab. Dia pergi tadika Cina jadi cikgu-cikgu dia cakap Mandarin dengan dia. Saya bercakap dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di rumah, tapi doktor cakap nanti bimbang Ivanna keliru.

“Sebabnya bahasa utama kami (saya dan suami) di rumah Bahasa Inggeris. Cadangannya ialah satu orang hanya cakap satu bahasa sahaja, jadi saya kekal dengan Bahasa Inggeris untuk elak kekeliruan,” jelasnya menerusi satu entri di Instagram Story miliknya.

Menurut Ramona, biarpun anaknya diajar bertutur dalam Bahasa Inggeris, dia yakin satu hari nanti, Ivanna akan tetap dapat menguasai pertuturan dalam bahasa Melayu kelak.

“Bukanlah sebab saya memang tak mahu ajar anak cakap Bahasa Melayu. Bahkan, saya bangga nak katakan yang subjek Bahasa Melayu memang selalu skor A.

“Cuma, saya percaya, kalau dah tinggal di Malaysia, 100 peratus yakin Ivanna akan pandai cakap Melayu. Sekali-sekala ada juga terlepas cakap Melayu, tapi saya fokus lebih kepada Bahasa Inggeris,” jelasnya.

Ramona mendirikan rumah tangga dengan Rami Alashkar pada 1 Mei 2015.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu kemudian dikurniakan cahaya mata pertama, Ivanna Alashkar pada 7 Disember 2017.

Saksikan drama lakonan Ramona Zamzam di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sani1tizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COV1ID-19!

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Ramona Zamzam Tak Ajar Anak Cakap Melayu, Ini Puncanya Buat Ramai Tak Boleh Terima"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*