Sehari Selepas Sultan Ibrahim Beri Amaran, Ini Respon MB Johor

AMARAN BUAT WAKIL RAKYAT DARIPADA DYMM SULTAN JOHOR

Saya berasa amat kecewa dengan kemelut politik yang masih berlaku di negeri ini, apabila ada pemimpin yang g1la kuasa dan terus merebut jawatan demi kepentingan diri mereka.

Dalam keadaan rakyat yang sedang susah sekarang, mereka langsung tidak peduli dan sanggup menambah lagi der1ta rakyat.

Saya tidak boleh tengok rakyat saya menderita, dan tidak akan biarkan negeri saya dikucar-kacirkan.

Saya telah bersumpah untuk menjaga dan membela nasib rakyat dan negeri saya pada setiap masa.

Jika berlaku lagi perebutan kuasa di kalangan wakil rakyat, saya akan bubarkan Dewan Negeri Johor serta merta.

Saya akan berikan peluang kepada rakyat negeri Johor untuk memilih wakil mereka yang baharu, dan saya harap kali ini pilihlah pemimpin yang betul-betul ingin berkhidmat untuk rakyat dan negeri, bukan untuk parti atau diri sendiri.

Hadis Rasulullah SAW :

Rasulullah ditanya tentang mereka yang meminta untuk memegang kepimpinan lalu Rasulullah bersabda:

” Kami tidak memberikan kepimpinan kepada mereka yang memintanya, dan bukan pada mereka yang terg1la-g1lakan jawatan kepimpinan.”
(Sahih al-Bukhari, no: 7149)

Respon MB Johor

Sementara itu Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad meminta wakil rakyat merapatkan saf dan berhenti berbalah sesama sendiri kerana ia hanya membawa kehancuran.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Benut berkata, ketika semua pihak bekerja keras memerangi wab4k COV1D-19, masih ada pemimpin yang terus bermain politik.

Katanya, kerajaan Johor pimpinan Perikatan Nasional (PN) diberi mandat menghadapi cabaran besar untuk memulihkan ekonomi negeri.

” Saya berharap semua pemimpin berhenti berbalah. Ia tidak memberi kebaikan, malah mencetuskan perpecahan, sekali gus boleh membawa kehancuran.

” Apakah ini yang kita inginkan? Sedangkan rakyat Johor amat memerlukan perhatian untuk bangkit meneruskan kehidupan dalam mendepani Cov1d-19.

” Semua pihak hentikan perbalahan sesama sendiri. Sekarang masa untuk kita merapatkan saf, bekerjasama membantu anak bangsa dan membina negeri tercinta.

” Apa yang amat saya harapkan daripada semua pemimpin, sama ada dalam blok kerajaan atau pembangkang supaya berganding bahu bersama-sama saya,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Hasni berkata demikian susulan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar semalam yang memberi amaran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta-merta jika perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat negeri ini terus berlaku.

Baginda amat kecewa dengan kemelut politik yang masih berlaku di negeri ini.

Hasni yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Johor berkata, beliau berharap semua pemimpin menyelami, memahami serta mematuhi titah Sultan Johor supaya kita sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Limau Ais

Be the first to comment on "Sehari Selepas Sultan Ibrahim Beri Amaran, Ini Respon MB Johor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*