‘Unfollow’ IG sejak April lalu, rupa-rupanya Syafiq Kyle, Mimi Lana dah putus! – “Bukan sebab popular atau orang ketiga”

TIADA lagi persefahaman antara satu sama lain menjadi punca hubungan pasangan selebriti Syafiq Kyle dan Mimi Lana berakhir sejak sebulan lalu.

Bagaimanapun, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 25, berkata, perpisahan itu bukan disebabkan populariti atau gangguan orang ketiga.

Saya akan beritahu bila nak nikah: Syafiq Kyle

“Apa yang boleh saya katakan antara kami sudah tiada persefahaman. Ini tiada kaitan dengan soal populariti atau gangguan orang ketiga.

“Hubungan kami masih baik dan tidak pernah bermasam muka… anggap sahaja kami tiada jodoh,” katanya kepada BH Online.

Syafiq dan Mimi Lana putus sejak sebulan lalu.

Hubungan pasangan ini disedari berdepan masalah selepas kedua-dua mereka berhenti mengikuti akaun Instagram masing-masing sejak April lalu.

Dalam pada itu, pelakon Cari Aku Di Syurga ini mengakui sedih apabila terpaksa memutuskan hubungan yang dibina selama lima tahun itu.

“Bohonglah kalau nak kata saya tak sedih dengan perpisahan ini. Lima tahun menjalinkan hubungan, banyak kenangan yang pernah kami cipta bersama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

When sirloin meet her wagyu 😜 #serikanhatimu2 #garnier

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez) on

“Hendak buat macam mana, kenalah reda dengan apa yang berlaku. Hidup harus diteruskan.

“Fokus saya sekarang ini adalah untuk terus memajukan diri dalam bidang lakonan.

“Soal cinta, saya ketepikan dulu. Bila hidup solo, senanglah untuk saya merancang kerjaya seni saya,” katanya.

Ini Penjelasan Mimi Lana Bila Dikatakan Hubungannya Dengan Syafiq ...

Walaupun bukan lagi pasangan kekasih, Mimi tidak menolak jika digandingkan dengan Syafiq dalam drama atau filem pada masa akan datang.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "‘Unfollow’ IG sejak April lalu, rupa-rupanya Syafiq Kyle, Mimi Lana dah putus! – “Bukan sebab popular atau orang ketiga”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*