Pelakon dan model, Fara Mendoza, 32, menang saman malu atau fitnah ke atas pelakon sensasi, Zarina Anjoulie.
Menurut laporan Harian Metro, saman malu terbabit difailkan peguam Fara pada Januari lalu di m4hkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan.
Kata Fara, dia bersyukur kerana kemenangan berpihak kepadanya yang difitn4h.
“Selama lima bulan juga saya berjuang untuk k3sini selepas terganggu dengan penyeb4ran gambar bog3l dilakukan pihak berkenaan dan tudvhan mengvgurkan anak,” katanya.
Peguam Fara, Muhammad Akram Datuk Dr Abdul Aziz berkata, antara tuntutan dibuat memohon perintah larangan atau injuksi m4hkamah bagi menghalang sebarang kenyataan fitn4h tidak terus dikeluarkan Zarina terhadap Fara.
“Selain itu, Fara juga meminta permohonan maaf secara umum dibuat Zarina kepadanya di atas fitnah disebarkan. Turut diminta juga adalah beberapa bayaran ganti rugi dengan segala kos itu dibayar pihak Zarina,” katanya.
Muhammad Akram berkata, perbicaraan pertama dibuat sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana pada 18 Mac lalu.
Katanya, selepas m4hkamah berhenti bersidang selama dua bulan, sebutan k3sberlangsung semula pada 21 Mei lalu di Seremban dan Zarina atau wakil peguamnya tidak hadir.
“Maka, m4hkamah berkuasa memberi penghakiman yang mana segala tuntutan difailkan Fara pada Januari lalu terhadap Zarina dibenarkan.
“Pun begitu, berapa jumlah taksiran ganti rugi yang dimenangi Fara untuk k3sini belum diketahui lagi,” katanya.
Muhammad Akram juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati sebelum membuat kenyataan bertulis ternasuk apa saja perkongsian di media sosial.
Katanya, sebelum mahu berkongsi sesuatu paparan di media sosial sepatutnya berfikir masak-masak terlebih dulu.
View this post on Instagram
Ini kerana, walaupun akan dipadamkan selepas itu tetapi kemungkinan apa yang dipapar sudah dikongsi oleh masyarakat kepada umum.
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press
Sumber : Gempak
Be the first to comment on "Terganggu Dengan Penyebaran Gambar Bog3l & Tudvhan Gugvr Anak, Fara Mendoza Menang Saman Malu Terhadap Zarina Anjoulie"