Artis Nasyid Terjejas Akib4t COV1D-19 Dilantik Sebagai Bilal Rawatib

 

Tidak dinafikan ramai yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akib4t w4bak C0v1d-19 kerana tidak boleh keluar bekerja seperti biasa untuk mencari pendapatan, termasuklah penggiat seni tanah air.

Malah, ramai penggiat nasyid tanah air juga turut hilang mata pencarian kerana bergantung sepenuh masa pada bidang hiburan. Pelbagai 1su-1su kebajikan artis nasyid dikongsikan untuk perhatian pihak kerajaan.

Justeru itu, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, satu jawatankuasa teknikal akan ditubuhkan bagi merangka pelan pembangunan semula industri nasyid dalam usaha memperkasa industri berkenaan.

Difahamkan, ia melibatkan stesen TV Al-Hijrah, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Nasyeed.Com dan NGO Creative d4kwah Club.

Menurut Dr. Zulkifli, artis nasyid yang hilang punca pendapatan juga akan dilantik sebagai bilal rawatib bagi masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.

“Anugerah Allah SWT kepada mereka wajar dimanfaatkan sebaiknya. 3 minggu lagi saya akan meneliti kertas cadangan daripada mereka berhubung hal ini.

“Saya mahu anugerah berprestij seperti Anugerah Nasyid kembali diadakan. Kita akan memperkasakan nasyid menerusi industri muzik digital yang kian pesat kini.

“Saya tidak ada apa-apa kepentingan. Saya cuma nampak potensi yang amat besar pada mereka bagi turut sama menyumbang kepada d4kwah. Selagi saya masih berkhidmat, saya akan usahakan sehabis baik untuk industri nasyid tanahair,” katanya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Artis Nasyid Terjejas Akib4t COV1D-19 Dilantik Sebagai Bilal Rawatib"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*