“Ada 30 Pasang Kah?” – Netizen Hairan Anak Asyik Berbaju Raya, Ini Penjelasan Almy Nadia…

Kebiasaannya rata-rata kita menyediakan antara tiga ke empat pasang baju sahaja untuk dipakai pada hari lebaran.

Bahkan, masing-masing mungkin tampil bergaya dengan persalinan sedondon bersama keluarga hanya pada minggu pertama sahaja.

Namun, berbeza pula dengan ragam keluarga pelakon Datin Almy Nadia apabila anak-anaknya sering dilihat kekal menggayakan baju raya sedondon biarpun sudah lebih dua minggu Syawal berlangsung.

Menurut Almy, situasi itu secara tidak langsung menyebabkan ada netizen yang hairan berapa banyak persalinan yang mereka ada bagi menyambut lebaran kali ini.

Begitupun, menurut Almy, dia mengakui, anak-anaknya memang diajar untuk menggayakan baju raya pada bulan Syawal.

“Hat pakat dok tanya banyaknya baju depa..ada 30 pasang kah? Meh mama jelaskan sat na.

“Macam ni, depa ni diasuh hari raya pakai baju raya, hari biasa pakai baju biasa. Bangun je depan sendiri pakai baju raya,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Kata Almy lagi, begitupun, baju-baju yang dipakai anak-anaknya yang dilihat di media sosial itu bukanlah persalinan baharu kesemuanya.

“Lepas tu tips nya, mama depa ni suka beli baju anak-anak satu saiz besar sedikit. Ye lah, anak-anak kan cepat besar. 

“Bila beli yang besar boleh pakai lama, jadi anak-anak kami sejenis banyak baju lama-lama. Hahaha, pusing kat situ sahajalah,” jelasnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Syawal 16 selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin semua..hat pakat dok tanya banyaknya baju depa 🤣🤣 ada 30 pasang ka 🤣🤣.. meh mama explain sat na.. mcm ni depa ni di asuh hari raya pakai baju raya,hari biasa pakai baju biasa,bgn ja depa sendiri mau pakai baju raya,lps tu tips dia,mama depa suka beli baju anak2 1 size besaq sikit ya la anak2 kan cepat besaq,bila beli hat besaq buleh pakat lama,jd anak2 kami sejenis bnyk baju lama2. Hahahhaha pusing kat situ ja la senang janji kita mak mak ni kena la semarakkan hari raya kat anak2.. sbb anak2 belum nak buleh nak msk kedai ka p mall blm buleh lagi,sbb mama depa ada perasaan not comfortable lagi utk dlm keadaan la ni wlpn leh dah p jalan2 leh dah p mana2 pun,tp mama depa penakut sikit sbb ya laa,nak mai sakit tu mai jugak,tp mama depa nak beranak pun susah kat depa,baik la berjaga2 berhati2 dulu hahahahah.. nampak beletiaq panjang pagi2 buta ni.. tau tau sat g kena kecam sbb boh caption panjang2.tapi ni lah kami hampa semua..🥰🥰😘😘😘😘 jadi pls plss stay save hampa semua.. igt naa hidup mau positif,hati jangan busuk,muka mau manih lawa ka tak lawa ka kena manih toksah nak dok com tak tentu pasai,sbb hampa dok com tu lah dok bg org tambah dosa dok mengata kat hampa,ngan hampa2 skali tambah dosa naa,, jadi hidup mau rileks,hidup mau positif tau semua.. maaf mama depa terbeletiaq pagi3 ni ampunn hahahahah #taksukajgnpollownaa

A post shared by @ almynadiaofficial on

Ujar Almy lagi, dengan cara sebegitu, sekurang-kurangnya, anak-anak masih lagi dapat merasai kemeriahan Aidilfitri biarpun hanya terpaksa duduk di rumah sahaja

“Janji kita mak-mak ni kenalah semarakkan hari raya kat anak-anak sebab anak-anak belum boleh nak masuk kedai ke pergi pusat beli-belah lagi.

“Sebab mama depa ada perasaan tak selesa dalam keadaaan sekarang. Walaupun boleh dah pergi jalan-jalan mana-mana pun, tapi mama depa penakut sedikit sebab ye lah, nak datang s4kittu datang juga, tapi mama depa nak beranak pun susah kat depa, baiklah berjaga-jaga berhati-hati dulu,” katanya.

Terdahulu, Almy kerap berkongsi gambar anak-anaknya menggayakan baju raya sedondon di Instagram miliknya sejak sambutan Syawal pada bulan lalu.

Almy berkahwin dengan Datuk Fizz Fairuz pada 2014.

Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5 Nur Afrina Aurora, 4 dan Nur Afrina Ayra berusia setahun.

Almy turut mempunyai seorang anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 11.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah C0v1d-19!

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber :Gempak

Be the first to comment on "“Ada 30 Pasang Kah?” – Netizen Hairan Anak Asyik Berbaju Raya, Ini Penjelasan Almy Nadia…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*