Gadis buat TikTok nak test betul ke wajahnya macam Neelofa, terkejut bangun pagi keesokan harinya – “Sebenarnya saya tak ada tahi lalat pun”

“KAKAK you lagi cantik tau.”

Itu respons pengacara dan usahawan jelita, Neelofa terhadap seorang gadis dalam video TikTok yang tular di Twitter.

Gadis tersebut menarik perhatian netizen apabila raut wajahnya dikatakan mirip Neelofa.

Segalanya bermula apabila video TikTok berdurasi 13 saat itu dikongsi adik kepda gadis tersebut, Nur Syamimi di Twitternya.

Sehingga kini video itu mendapat hampir 750,000 tontonan di platform media sosial itu.

Gadis berkenaan, Nur Afina Balqis ketika dihubungi mStar meluahkan rasa teruja dan terkejut dengan respons Neelofa terhadap videonya itu.

Paparan skrin video TikTok Fina yang menjadi tular di Twitter.

“Mula-mula tu macam tak percaya. Saya macam eh betul ke dia? Saya tengok tweet handle tu banyak kali sebab sebelum ni ada orang lain jadi Neelofa.

“Sekali memang betul dia. Saya memang terkejut. Bangun pagi tu terus kejut adik saya beritahu Neelofa retweet. Saya pun beritahu ibu. Ibu pun macam tak percaya.

“Siapa tak suka kalau orang yang kita minat sedar tentang kita kan? Memang saya happy sangat-sangat,” katanya juga seorang penuntut di sebuah universiti tempatan di Melaka.

Mengenai video tersebut, Nur Afina atau lebih mesra disapa Fina mengakui ia dihasilkan sekadar untuk suka-suka sahaja.

“Sebenarnya saya buat video tu for fun je sebab sebelum ni ada orang reply dekat InstaStory, highlight dekat IG cakap muka saya ada iras macam Neelofa.

“Jadi saya try buat video dengan fake moles dan make up stail Neelofa nak tengok reaction orang ramai. Tapi tak sangka pula viral,” katanya.

Gambar kiri: Wajah Fina sewaktu menjadi model sambilan untuk tugasan rakan-rakan sekampusnya yang dikatakan ada mirip Neelofa.

Malah Fina mengakui dia sebenarnya tidak mempunyai tahi lalat di bahagian kanan muka seperti usahawan idolanya itu.

“Bila video tu viral ramai jugalah yang kecam. Ada cakap tak samalah. Tapi saya OK je. Lagipun saya dah beritahu memang muka saya tak sama.

“Semuanya sebab make up. Bila dah jadi macam ni, saya kena calm down. Apa-apa orang cakap saya tak marah pun. Saya malas nak layan sangat,” katanya.

 

Sebenarnya saya buat video tu for fun je sebab sebelum ni ada orang reply dekat InstaStory, highlight dekat IG cakap muka saya ada iras macam Neelofa.

NUR AFINA BALQIS

Pelajar

Pada masa sama, Fina turut mend3dahkan dia amat meminati Neelofa.

“Saya memang minat sangat dekat Neelofa. Dalam assignment saya, saya tulis saya jadikan dia sebagai idola untuk jadi usahawan berjaya.

“Saya minat tengok cara dia. Dia matang, independent dan saya suka cara dia layan fans dia. Baik sangat. Lagipun saya nak berjaya macam dia,” katanya yang turut menjalankan perniagaan menjual tudung secara kecil-kecilan.

Fina (kiri) bersama adiknya, Nur Syamimi.

Meskipun ada yang mengec4m, tidak kurang juga memuji kecantikan Fina.

“Sama gi1la muka dengan Lofa!! So cantik,” tulis Atiqah.

“Yang budak kecik macam Lofa masa kecik. Yang ni Lofa masa remaja,” kata Syikin.

“Ni bukan celup dah ni. Ni tekap ni… sama siot,” kata Azim.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Eh ingatkan adik-beradik Lofa… adalah iras skit-skit 😊 Kredit video Instagram @afina_balqis #mstarkongsi #janganseriussangat #stayathome #pkpb #mstarSS

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Gadis buat TikTok nak test betul ke wajahnya macam Neelofa, terkejut bangun pagi keesokan harinya – “Sebenarnya saya tak ada tahi lalat pun”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*