“Kemain jalan macam model, sekali Ramona gelak terus potong”

Pelakon, Ramona Zamzam sejak kebelakangan ini menjadi sebutan ramai apatah lagi selepas kemunculannya dalam rancangan hiburan tanah air, Sepahtu Reunion Live. Gandingan Ramona bersama Jep berjaya membuatkan netizen terhibur dengan telatah spontan mereka.

Ini kerana, ramai tidak menyangka bahawa selebriti ini seorang yang mudah terhibur dan selepas melihatnya dalam rancangan berkenaan, laman Instagram milik pelakon ini ‘diserbu’ peminat rancangan itu dengan memberikan komen positif sekaligus mula menyukai sikap sempoinya.

Melalui satu video yang dimuat naik, Ramona dan rakan selebriti Siti Elizad mengambil video namun tidak disangka disaat itu juga membuatkan dia gelak. Biasalah Ramona kan mudah terhibur, dengan gelaknya yang unik tu ramai juga yang turut ketawa.

Back to work today!!

Lama tak jumpa my twin kakak, gambar kita rupa-rupanya kena sabotage Kak Ejad hahahah love you !

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Back to work today!! ❤️ Lama tak jumpa my twin kakak, gambar kita rupa2 nya kena sabotage Kak Ejad hahahah love you !! 😘 @elizadsharifuddin #ApaAdaDenganDotDotDot

A post shared by RAMONA ZAMZAM Alashkar (@ramonazamzam) on

Perkongsian video yang dimuat naik mendapat pelbagai komen dan rakan artis dan juga para peminat. Ada juga yang mengatakan bahawa muka meraka berdua ni seiras perangai ‘g1Ia-g1Ia’ pun lebih kurang.

Adikkkkkk lama tak jumpa . Aaa rindo gelak-gelak.

Hahaha comel je gelak macam tu.

Dia punya gelak tu hahha terikut sama.

Dua artis muka sama, kuat gelak pun sama. berlakon sesama please. Jadi kembar

Cantik sangat dua-dua nii..dua-dua ting tong…memang tak bosan dgn lawak uoalssss.

MasyaAllah gelakkkk…yang tengok pon ikot gelak huhuhu

Beberapa hari yang lalu timbul kontr0versi apabila ada yang mengkritik cara Ramona yang dikatakan tidak mengajar anaknya bercakap dalam bahasa Melayu. Ramona kesal kerana netizen tidak mahu membaca dan memahami penjelasan yang diberikan sebaliknya terus menghukum dan mengkritik.

Menurut Ramona, dia terp4ksa menggunakan satu pilihan bahasa untuk berkomunikasi dengan anaknya yang sama digunakan bersama suaminya yang merupakan warga Palestin selepas mendapat saranan daripada doktor bagi mengelakkan kekeliruan.

Entah makcik mana la ckp : “la laki dia Arab tapi taknak ajar anak ckp Arab!” Errr seriously makcik?

Baca lah, fahami lah.

Sudah2 lah..

Siapa yg m4ki saya ‘lupa asal usul’, please, come forward, teruskan m4ki saya di sini, I’ll give you some love .

P/S : excuse the drama i just couldn’t take it this time.

Ramona mendirikan rumah tangga dengan Rami Alashkar pada 1 Mei 2015. Hasil perkahwinan, pasangan itu kemudian dikurniakan cahaya mata pertama, Ivanna Alashkar pada 7 Disember 2017.

Betul la tu, setiap ibu bapa tahu apa yang terbaik untuk anak mereka. Lagipun Ramona sendiri dah dapatkan penjelasan dari orang yang pak4r.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Meh Baca

Be the first to comment on "“Kemain jalan macam model, sekali Ramona gelak terus potong”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*