“Persiapan Menyambut Anak Yang Bakal Lahir, InsyaAllah,” – Isteri Bakal Bersalin Cahaya Mata Kedua, Saharul Ridzwan Kongsi Surah Pilihan

Sedang menantikan permata hati kedua dalam keluarga, pelakon Saharul Ridzwan ada berkongsi perkembangan serta aktivitinya bersama isteri tercinta, Qaabila Deena Amir di media sosial.

Terkini, bintang yang mulai dikenali sejak menyertai Pencarian Hero Remaja bersama-sama Fattah Amin dan Syafiq Kyle itu ada memuat naik beberapa surah amalan yang boleh diamalkan buat mereka yang sedang menantikan kelahiran rezeki zuriat.

“Persiapan sebenar menyambut anak yang bakal lahir. InShaaAllah,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Persiapan sebenar menyambut anak yang bakal lahir. InShaaAllah. ❤️

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

Lalu, hantaran berkenaan turut mendapat reaksi peminat yang rata-ratanya mendoakan agar urusan bersalin isterinya dipermudahkan.

Malah, ada juga yang turut berkongsi posting tersebut buat kenalan dan pasangan masing-masing.

Imbas kembali, Saharul dan isterinya, mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Luth Ali, yang kini berusia lebih 3 tahun.

Sementara Deena kini sedang hamil anak kedua dan dijangka bersalin tidak lama lagi.

Foto: Instagram Saharul Ridzwan

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Persiapan Menyambut Anak Yang Bakal Lahir, InsyaAllah,” – Isteri Bakal Bersalin Cahaya Mata Kedua, Saharul Ridzwan Kongsi Surah Pilihan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*