Bah4ya! Buah Pinggang & Sistem Sar4f Mungkin Boleh Ros4k Jika Guna 3 Produk Ini

1su produk kosmetik yang mengandungi racvn merkuri nampak gayanya belum berakhir apabila tiga produk dikesan menggunakan bahan terlarang itu.

Perkara itu did3dahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan rasmi semalam.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racvn berjadual iaitu merkuri, yang boleh memudaratkan kesihatan.

“Tiga produk berkenaan ialah Glow Skin White-Brightening Cream, Glow Skin White-Sun Care dan Rzac Beauty Creme 2.

“Notifikasi produk kosmetik yang terlibat telah dibatalkan dan penjualan produk kosmetik berkenaan tidak lagi dibenarkan di negara ini,” katanya.

Jelasnya, merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan.

“Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan keros4kan buah pinggang dan sistem sar4f.

“Bahan berkenaan juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau belum dilahirkan serta menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” katanya.

Sehubungan itu, penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diminta menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut serta-merta.

Difahamkan, penjualan dan pengedaran produk kosmetik itu adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dad4h dan Kosmetik 1984.

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber: Bernama/Gempak

Be the first to comment on "Bah4ya! Buah Pinggang & Sistem Sar4f Mungkin Boleh Ros4k Jika Guna 3 Produk Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*