Genap usia 7 hari Nadzmi, Ardell Aryana k0ngsi foto puteri sulung, nama anak

 

SELEPAS tujuh hari menimang cahaya mata pertama, pasangan selebriti iaitu Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana akhirnya mend3dahkan jantina dan nama bayi mereka.

Nadzmi atau nama sebenarnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 28, turut berkongsi video sebaik sahaja bayi perempuannya yang diberi nama Arwa Malaikha Urwa dilahirkan Jumaat lalu.

“Arwa Malaikha Urwa Nadzmi Adhwa @babyadhwardell. My precious baby girl lahir pada hari Jumaat juga. Alhamdulillah umur dah masuk tujuh hari.

Ardell kongsi foto pertama bayui perempuannya.

“Video ni masa lepas Urwa baru saja lahir dan diqamatkan. Terima kasih Allah atas kurniaanMu ini. Salam Jumaat,” kata Nadzmi.

Pelakon drama bersiri Nota Buat Cempaka itu berkongsi video memperkenalkan puteri sulungnya di laman sosial pada Jumaat.

Isteri Nadzmi iaitu Ardell melahirkan cahaya mata perempuannya itu pada 5 Jun lalu selepas bertarung kesakitan selama 16 jam sebelum selamat bersalin secara normal.

Dalam pada itu, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 30, turut berkongsi foto wajah anak sulungnya itu di Instagram.

Ardell melahirkan bayinya selepas 16 jam bertarung kesakitan.

“Assalamualaikum nama saya Arwa Malaikha Urwa Nadzmi Adhwa. Lahir pada pvkul 2.22.22 pagi Jumaat 5 Jun 2020,” tulis Ardell.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah dan memuji kecomelan bayi pasangan itu yang memiliki kulit putih gebu.

Ardell dan Nadzmi berkahwin dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Seri Kembangan, Selangor pada 1 September tahun lalu.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Genap usia 7 hari Nadzmi, Ardell Aryana k0ngsi foto puteri sulung, nama anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*